Sunday, August 17, 2014

Pulut Sekaya/ Serimuka sekaya

Bahan Lapisan Bawah:
2 pot beras pulut
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 sk garam halus
2 gengam  sagu - remdam pewarna merah
Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan. Kalau guna beras pulut susu, tak perlu pun merendam. Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit. Dialas plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama.  Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. campurkan sagu dalam pulut yg siap dikukus. Tekan dalam loyang 10x10x2". 


Bahan bahan Lapisan Atas:Lapisan Sekaya
7 biji telur ayam
11/2 cwn santan
3/4 cwn gula +1/2 cawan gula merah
2-3 keping gula Melaka - masak dg sedikit air dulu  
2 sudu besar tepung gandum (kena lebihkan 5 sudu- sebab lembik sangat)
1 sudu teh garam
Cara cara:
Masak gula melaka dengan sedikit air dan masukkan gula sehingga gula hancur, mengikut manis yang disukai. 
Pukul telur dan masukkan santan serta air gula yang dimasak tadi. Akhir sekali, masukkan tepung gandum. 
Tapis dan tuang atas lapisan pulut. Kukus sehingga masak.


**Next time, nak kalau buat, saya akan buat untuk adunan 1 pot beras pulut and Lapisan sekaya tu nak jadikan separuh je sebab kukusan saya kecil.

No comments: