Sunday, August 31, 2014
Thursday, August 28, 2014
Raya 2014
Dipagi Raya di Sabak Bernam
Sementara menunggu mereka2 balik solat raya |
Family photo |
Beraya di Muar |
Open house rumah cik zul
Open house rumah nizam
Open house rumah muli
Sunday, August 17, 2014
Caramel Cake
Bahan A - Gula Hangus
2 1/2 sb gula pasir
Cara-Cara:
Sediakan loyang bulat 8 inci.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna bertukar menjadi perang.
Ratakan
gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg
sejuk ni akan keras dan akan retak retak dan berbunyi spt kaca pecah
bila dah keras. Ketepikan.
Bahan B - Adunan Karamel
1 tin susu cair
60gm gula castor
1/2 sk esen vanila
2 biji telur
3 kuning telur
Cara-Cara:
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan supaya tidak berbuih.
Satukan kedua dua bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
Bahan C - Adunan Kek
140 gm tepung gandum
60 gm gula kaster
3 kuning telur
135 ml air
45 ml minyak
1 sk baking powder
Cara-Cara:
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
Masukan sikit sikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.
Bahan D - Bahan Meringue
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70 gram gula castor
1 sk serbuk cream of tar-tar
Cara-Cara:
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
Masukkan
gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental
dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur
tu tidak jatuh.)
Masukkan 1/3 bahan merinque ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
Pulut Sekaya/ Serimuka sekaya
Bahan Lapisan Bawah:
2 pot beras pulut
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 sk garam halus
2 gengam sagu - remdam pewarna merah
Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan. Kalau guna beras pulut susu, tak perlu pun merendam. Kukus
dengan semua bahan di atas selama 30 minit. Dialas plastik wrap dulu,
jika mahu terus menggunakan loyang yang sama. Apabila pulut masak, gaul
hingga sebati. campurkan sagu dalam pulut yg siap dikukus. Tekan dalam loyang 10x10x2".
Bahan bahan Lapisan Atas:Lapisan Sekaya
7 biji telur ayam
11/2 cwn santan
3/4 cwn gula +1/2 cawan gula merah
2-3 keping gula Melaka - masak dg sedikit air dulu
2 sudu besar tepung gandum (kena lebihkan 5 sudu- sebab lembik sangat)
1 sudu teh garam
Cara cara:
Masak gula melaka dengan sedikit air dan masukkan gula sehingga gula hancur, mengikut manis yang disukai.
Pukul telur dan masukkan santan serta air gula yang dimasak tadi. Akhir sekali, masukkan tepung gandum.
Rainbow cake
Bahan bahan:
250g mentega
220g tepung superfine (ayak dg 1 sk baking powder)
200g gula kaster
4 biji telur gred A
5 sudu besar air susu (saya guna susu berkrim)
1 sudu kecil vanilla extract
Pewarna yang disukai
Cara cara:
Griskan acuan bulat 9". Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
Pukul mentega dan gula kaster dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.
Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.
5 out 6 colours |
letak cream cheese between the layer |
Setelah kek masak, biarkan sejuk dan susun warna purple, biru, hijau, kuning, oren dan merah dengan diletakkan krim mentega diantaranya. Kemudian baru hias dengan krim mentega di keseluruhan kek.
Cream Cheese
250 g Cream Cheese
250 g Gula aising
1 sudu teh gulaten + 3 sudu air panas
Hasilnya |
mari makan |
Subscribe to:
Posts (Atom)