Saturday, April 05, 2014

Umrah 2014

Date: 24 March - 5 April 2014

List aktiviti harian sepanjang di Madinah dan Mekah

Day Date Events
Isnin 24-Mar-14 KLIA - Riyadh - Madinah
Selasa 25-Mar-14 Madinah - Raudah
Rabu 26-Mar-14 Madinah - Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Kilang Al Quran, Ladang Kurma
Khamis 27-Mar-14 Madinah - Bir Ali (Miqat) - Mekah
Jumaat 28-Mar-14 Mekah Umrah1 (3:30 am)
Sabtu 29-Mar-14 Mekah - Jabal Rahmah, Mina,Arafah, Ja'ranah (Miqat) Umrah2 ( 4:30pm)
Ahad 30-Mar-14 Mekah Umrah3 (2:30pm)
Isnin 31-Mar-14 Mekah - Ladang Unta, Hudaibiah (Miqat) Umrah4 (3:30pm)
Selasa 1-Apr-14 Mekah - Jalan2 Banonah
Rabu 2-Apr-14 Mekah Umrah5 (11:20am)
Khamis 3-Apr-14 Mekah 
Jumaat 4-Apr-14 Mekah -Jeddah 
Sabtu 5-Apr-14 KLIA- Shah Alam















































































































































































































Wednesday, February 05, 2014

Hari pertama Faiz di Sekolah Menengah Sains Banting

Ini adalah barang2 yg hendak dibawa esok...

Breakfast sebelum register
Dorm Faiz...




Saturday, February 01, 2014

Umrah : Ikhtiar Melambatkan Haid Sementara Waktu



Bagi mereka yang mahu mengerjakan umrah dan dijangka akan haid semasa berada disana, sebaiknya cubalah amalan dibawah. 
Pengambilan ubat-ubatan untuk menahan haid yang boleh di ambil dari klinik dan hospital tidak di galakkan kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan. Saya percaya dan amat yakin bahawa apa jua langkah dan ikhtiar yang kita buat, tak akan berjaya jika Allah tak izinkan.

Allah tempat kita meminta, Allah tempat kita mengadu, lalu dengan panduan dari mereka yang berilmu, sebaiknya kita cuba berikhtiar dengan apa yang di cadangkan ini. Semoga kita dapat memaksimumkan masa kita di Tanah Suci dengan beribadat kepada Allah.

Amalan ini boleh diamalkan semasa dalam ihram atau selepas haid. Jika mereka yang mahu mengerjakan umrah, sebaiknya selepas haid terakhir sebelum tarikh yang dijadualkan untuk bertolak.


 Maknanya:
1. Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan.
2. Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama ( surah al-Masad:1)
3. Dan matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya (Yasin:38)
4. Wahai bumi, telanlah airmu dan wahai langin berhentilah cari curahan hujanmu (Hud:44)

Cara Amalan:

1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.

2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)

3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.

InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.


Doa ini juga di panggil doa penahan. Ia juga boleh digunakan untuk menahan darah akibat luka, muntah yg tidak berhenti.

Nota : Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah semasa saya menghadiri kursus yang dianjurkan olehnya.

Thursday, January 30, 2014

Colmar Tropicale Jan 2014

30 Jan 2014 - Seawal 9:15am kami dah sampai di Colmar. Plan asal nak kami nak breakfast sebelum sampai ke Bukit Tinggi tapi sebab anak2 tidur  sepanjang perjalanan so akhirnya kami sampai ke Colmar tanpa breakfast....semua lapar....
This is our 1st time reach here....we thought that Colmar and Kampung Bukit Tinggi are very close so that we can easily go there to get anything we want... Hahahahaha tu la tak buat cukup homework...barang makan, Jajan pun tak bawa...cuma bawa air kotak 2 pek. Rupanya nak sampai Colmar dari simpang Bukit Tinggi tu jauh dan jalannya berliku cam nak naik Genting....

Liyana with her tea + croissant

enjoy the breakfast
Ini je la breakfast kami 2 hot chocolate, 1 tea, 1 croissant , 1 tuna sandwich , 1 egg sandwich and dark chocolate cookies..
Lepas breakfast kami ke front desk Tanya kot-kot boleh check in awal....suasana Memang lengang...alhamdulillah...rezeki kami boleh check in awal....10:15am...

Tea panas - relief batuk
In Souvenir shop

view from our room





Antara aktivity yg boleh di lakukan di sini


lunch  with classic Roasted chicken

Lepas lunch , kami the Japanese Villlage 


Animal park
Dinner

 Breakfast


Breakfast diiringi suasana digin pagi



Ready for checkout...

Singgah solat jumaat and Horse riding


Liyana jer yg nak naik kuda...















Sunday, January 26, 2014

Solat Jenazah

Persediaan solat jenazah:
  • Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
  • Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  • Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  • Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.
Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.

2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.

4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.

5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.

6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.
————————-
Di atas adalah panduan lengkap bagi yang ingin berlajar bersungguh-sungguh tentang solat jenazah dan jika korang dalam kategori susah untuk mengingati dan menghafal panduan di atas, bolehlah lihat panduan ringkas yang turut aku sediakan di bawah. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk melaksanakan solat jenazah.
1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut:
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Kemudian baca surah Al-Fatihah.
2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.
Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.