- Solat di Masjid Nabawi mendapat gandaan pahala sebanyak 1,000 kali
- Terdapat makam Nabi dan sahabat
- Terdapat taman Syurga - Raudah
- Melihat kesan sejarah Rasulullah SAW. dan sahabat – sahabatnya memberikan keinsafan serta meningkatkan keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT
Kelebihan bersolat 40 waktu, iaitu menunaikan 40 solat fardu (8 hari) adalah sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra., bahawa Nabi :saw bersabda :-
"Barangsiapa bersolat 40 solat (yakni, solat fardu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya ditulis baginya (pertama) terpelihara dari neraka dan (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga) dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau, menjadi orang munafiq)." [Hadith Imam Ahmad, dalam Musnad].
SEJARAH
Masjid Nabawi adalah masjid yang dibangun oleh Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat dan kaum muslimin di tengah kota Madinah. Dibangunkan pada bulan Rabi’ul Awal Tahun 1 Hijrah (September 662 M) setelah baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah. Masjid Nabawi dibangunkan di atas tanah milik anak yatim Sahal dan Suhail yang dibeli dengan harga 10 dinar, dan ditambah tanah wakaf As’ad bin Zurarah. Batu pertama diletakkan oleh Rasulullah SAW dan seterusnya oleh para sahabat, yang dimulai dari Abu Bakar Shiddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib.
Pelan kedudukan Masjid
Pelan Masjid Nabawi mengikut sejarah Pembinaan. |
Pelan Masjid Nabawi |
No comments:
Post a Comment