Saturday, February 01, 2014

Umrah : Ikhtiar Melambatkan Haid Sementara Waktu



Bagi mereka yang mahu mengerjakan umrah dan dijangka akan haid semasa berada disana, sebaiknya cubalah amalan dibawah. 
Pengambilan ubat-ubatan untuk menahan haid yang boleh di ambil dari klinik dan hospital tidak di galakkan kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan. Saya percaya dan amat yakin bahawa apa jua langkah dan ikhtiar yang kita buat, tak akan berjaya jika Allah tak izinkan.

Allah tempat kita meminta, Allah tempat kita mengadu, lalu dengan panduan dari mereka yang berilmu, sebaiknya kita cuba berikhtiar dengan apa yang di cadangkan ini. Semoga kita dapat memaksimumkan masa kita di Tanah Suci dengan beribadat kepada Allah.

Amalan ini boleh diamalkan semasa dalam ihram atau selepas haid. Jika mereka yang mahu mengerjakan umrah, sebaiknya selepas haid terakhir sebelum tarikh yang dijadualkan untuk bertolak.


 Maknanya:
1. Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan.
2. Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama ( surah al-Masad:1)
3. Dan matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya (Yasin:38)
4. Wahai bumi, telanlah airmu dan wahai langin berhentilah cari curahan hujanmu (Hud:44)

Cara Amalan:

1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.

2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)

3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.

InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.


Doa ini juga di panggil doa penahan. Ia juga boleh digunakan untuk menahan darah akibat luka, muntah yg tidak berhenti.

Nota : Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah semasa saya menghadiri kursus yang dianjurkan olehnya.

No comments: