1. Sebelum Musim Haji
Kami berniat ihram sejak dalam kapal terbang sebelum Qurnul Manazil. Ini bermakna kami mula berihram sejak 3 Zulhijah 1437H, iaitu kira2 6 hari sebelum hari Wukuf (9 Zulhijah).
Sesampai kami di Mekah, Hotel Abraj Janariah jam 4pagi, pihak Tabung Haji telah meminta jemaah kumpulan kami turun semula di Lobby Hotel pada jam 6 pagi selepas solat Suboh untuk sessi penerangan dan dibawa ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf qudum ( tawaf selamat datang) untuk yang berniat Haji Ifrad atau tawaf umrah untuk jemaah yang berniat Umrah. Alhamdulillah kami sempat breakfast Bubur Nasi dan Mee goreng di Cafe sebelum sessi penerangan
Sepajang perlajanan kami ke Masjidil Haram, kami di pimpin oleh mutawif untuk menunjukan jalan pergi dan balik ke Masjidil Haram, tempat solat didalam Masjid, tempat Saie dan tempat tawaf. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 20 ke 30 minit untuk sampai ke dataran Masjid.
Alhamdulillah kami selesai melakukan tawaf Qudum dan Saie Haji kira2 jam 10.45. So kami decide nak tunggu Zohor baru balik Hotel.
Antara Aktiviti sebelum waktu Wukuf adalah berulang alik ke majidil Haram untuk menunaikan Solat Fardu dan tawaf Sunat.
Kebiasaannya kami memulakan aktivity seawal 2 pagi. Mandi sebelum ke Masjid untuk solat Suboh. Sebelum Suboh sempat la melakukan ibadah sunat seperti solat2 sunat dan berzikir. Jika berhajat untuk melakukan tawaf kami akan makan roti/croissont bersama tamar, jika tidak cukupla setakat menjamah tamar.
Selepas subuh selalunya kami akan pulang ke Hotel dan membeli sarapan. Setelah sarapan kami akan tidur sekejap dan bangun semula jam 10 pagi. Sempat mencuci pakaian sebelum memulakan perjalanan ke Masjid semula untuk solat Dhuha dan Zohor.
Walaupun cuaca agak panas, kebiasaanya kami akan pulang ke hotel selepas zuhor untuk makan tengahari dan rehat sebentar.
Kira jam 2.50 ptg kami akan bergegas semula ke Masjid untuk solat Asar, Maghrib, Isyak. Selepas Isyak baru la kami pulang ke Hotel.
2. Semasa Musim Haji 9 -13 Zulhijjah
DI BUMI ARAFAH
8 Zulhijjah, sehari sebelum wukuf
Pihak Tabung Haji telah menghantar jemaah secara berperingkat ke Bumi Arafah mengikut KT bermula selepas Zuhor menaiki bas
|
Di Lobby hotel - menunggu bas untuk ke Arafah |
9 Zulhijjah
KT kami adalah KT yg berakhir sekali berangkat ke Arafah iaitu selepas Isyak. Kami sampai ke Arafah kira2 jam 10 malam. Suasana sangat hening mungkin jemaah yang telah sampai awal telah tidur.
|
Kawan2 satu Khemah di Arafah |
Setiap orang telah ditentukan Khemah masing2. Khemah kami agak kecil berbanding khemah lain. Khemah kami hanya boleh memuatkan kira-kira 40 jemaah sahaja. Khemah ini akan menjadi tempat tinggal kami untuk 1malam dan 1 hari sahaja pada hari wukuf esok hari.
Sesampai di Khemah kami diarahkan untuk tidur supaya dapat bangun awal untuk memulakan persiapan wukuf esok Haji.
Seawal sebelum suboh, aktiviti telah bermula dari solat sunat tahajud, solat sunat hajat dan sebagainya. Selepas solat suboh berjemaah di dalam khemah masing2, terdapat tazkirah yg dipimpin oleh ustaz yang mengendalikan KT masing2. Ketika ini terdapat tazkirah /ceramah yg agak bercelaru sebab kita boleh dengar juga tazkirah dari kumpulan KT yg lain juga pada ketika yg sama, even terdapat juga ustaz yang memperdengarkan zikir pada ketika ini. Aktiviti ini berakhir pada jam 7.30 dimana sarapan pagi diedarkan untuk setiap khemah.
|
Suasana di Khemah Arafah Jemaah Lelaki |
Selepas ini adalah aktiviti individu untuk berzikir, memperbanyakan amalan supaya doa dimakbulkan pada waktu wukuf nanti.
Waktu Wukuf = masuk waktu Zohor sehingga sebelum Maghrib
Sebelum solat zohor terdapat Khutbah wukuf yang dibacakan oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Jamil Khir Baharom. Kami melakukan solat Jamak Tamam untuk solat Zohor dan Asar.
Setelah selesai solat, kembali memulakan aktiviti individu tetapi kali ini focus kepada doa kena pada ketika ini doa sangat mustajab dimana 7 lapisan Langit di buka untuk diperkenankan doa2 yang dipinta oleh seluruh umat manusia kepada ALLAH.
Sebelum matahari terbenam, kumpulan KT 47 telah diarahkan menaiki bas untuk ke Mudzalifah. Sebelum meninggalkan bumi Arafah semasa dalam bas, kami masih sempat menadah tangan memanjatkan doa disaat2 akhir semasa berada di bumi Arafah.
Sepanjang perjalanan, kami nampak jemaah dari negara lain hanya berjalan kaki menuju ke Mudzalifah. Gigih sungguh meraka. Alhamdulillah kita rakyat Malaysia dan pihak tabung haji telah berjaya menguruskan urusan perjalanan haji lebih teratur walaupun masih tidak dapat memuaskan hati semua orang.
DI BUMI MUDZALIFAH
10 Zulhijjah
Kami sampai di bumi Mudzalifah kira-kira jam 7 malam, bumi Mudzalifah masih kosong. kami adalah kumpulan pertama yang sampai. En Suami siap sempat mandi di toilet sebelum solat maghrib dan isyak. Di sini kami menghampar tikar yg dibekalkan untuk merehatkan diri sementara menunggu tengah malam iaitu kira2 jam 11:45 malam. Setelah selesai solat, kami mengumpul batu untuk aktiviti melontar esok. Sedikit demi sedikit kumpulan jemaah lain telah tiba di bumi Mudzalifah dan kami telah mula melelapkan mata.
|
Suasana di Mudzalifah - Menunggu tengah malam |
Sedar-sedar, kira2 jam 12 malam pihak Tabung Haji telah mengarahkan Jemaah KT 47 untuk menaiki bas untuk dibawa ke Mina.
DI BUMI MINA
Kami sampai di bumi Mina dalam jam 1 pagi. Kemas2 dan bersihkan diri. Pihak tabung Haji mengarahkan kumpulan kami untuk membuat lontaran di Jamratul Kubra pada jam 3 pagi.
Perjalanan pergi dan balik mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit , iaitu lebih kurang 2.7 km.
Kami sempat kembali ke khemah untuk solat suboh.
|
berduyun jemaah untuk melontar jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah |
|
Terdapat escalator untuk kemudahan para jemaah |
|
Mengadap Kiblat- untuk berdoa setelah selesai menlontar |
|
Bercukur setelah selesai menlontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah |
|
Alhamdulillah selasai Lontaran hari pertama |
Khemah kami di Mina juga adalah khemah yang paling kecil antara khemah orang lain. Tetapi 2x ganda lebih besar dari khemah kami di Arafah. Kali ini penghuni khemah kami adalah lebih kurang 80 orang. Di khemah inilah tempat kami berlindung untuk 3 hari 3 malam. Disinilah kemuncak cabaran haji dimana kesabaran diuji dengan kebersihan kawan, kesihatan kawan-kawan, keadaan cuaca yang panas terik terutama ketika zohor dan asar, berbaris panjang toilet dan sebagainya.
11- 13 Zulhijjah
Untuk hari seterusnya semasa berada di bumi Mina ini, kami wajib menyelesaikan lontaran ketiga- tiga Jamratul Kubra, Sugra dan Wusta pada setiap hari selepas Subuh.
3. Selepas Musim Haji
Kebanyakan aktiviti lebih kurang sama seperti Sebelum Musim Haji, cuma di tambah aktiviti menunaikan umrah.
Kebiasanya kami akan meniat Umrah di miqat, Tanaim pada sebelah malam selepas isyak. Ada beberapa option untuk pergi berniat di migat:
1. Pihak Tabung Haji ada menyediakan perkhidmatan bas untuk ke Tanaim pada setiap malam Tambang 10 Riyal pergi dan balik.
2. Perkhidmatan bas dengan tambang 2 Riyal satu perjalanan ke Tanaim pada sebelah siang hari.
3. Perkhidmatan taxi dengan tambang sekitar 50- 70 Riyal pergi dan balik
4. Perkhidmatan Van dengan tambang sekitar 15 - 20 Riyal pergi dan balik.
* Tips: untuk Taxi sila bayar semasa balik kerana dikhuatiri, taxi tidak menunggu kita semasa kita melakukan solat sunat di Masjid di Tanaim.
|
Menaiki Bas Malam untuk ke Tanaim - Berniat Umrah |
|
Masjid Siti Aisah di Tanaim |
Selepas Niat di Miqat (Tanaim) ada 2 options untuk meyelesaikan umrah:
1.
Selesaikan umrah pada malam itu juga.
Jika badan tidak terlalu letih boleh ambil option ni. Jika tidak terlalu ramai orang, Tawaf boleh selesai kurang dari 1 jam dan Saie akan selesai kurang 2 jam. So umrah akan selesai dalam jam sebelum jam 12 tghmalam. Boleh tunggu subuh atau balik ke Hotel dulu.
2.
Selasaikan umrah selepas Subuh esok paginya.
Jika badan letih, baik rehat dan tido dulu ( dalam Ihram tau). Pergi solat Subuh, lepas solat suboh boleh selesaikan Tawaf dan Saie. Kena makan roti dulu sebelum pergi masjid supaya tidak lapar sangat. Umrah akan selesai sebelum jam 8.30 pagi. Balik hotel, beli breakfast, then tido sebelum Zuhor.