Masjid Quba
Masjid yang terletak 5 km dari Masjid Nabawi. Masjid yang pertama dibangunkan oleh Nabi Muhamad SAW. Nabi SAW selalu solat di masjid ini pada hari Sabtu, Isnin dan Khamis. Rasullullah juga pernah bersabda" Barang siapa yang bersuci dari tempat tinggalnya dan solat 2 raakaat di Masjid Quba maka dia akan mendapat pahala umrah"
Maka sementara kita di bumi Madinah ini cubalah sekurang2nya sehari sekali ke Masjid Quba untuk solat sunat 2 rakaat. Dan jangan lupa berwuduk sebelum ke sana.
Terdapat Van dan juga teksi untuk kesana. Van boleh didapati di bahagian hadapan masjid iaitu jalan menuju ke Pasar Kurma. Tambang SAR2 untuk satu hala.
Jika menaiki Teksi biasanya tambang sebanyak SAR 10 riyal sehala
Van untuk ke Masjid Quba |
Raudah
Raudah bermaksud taman. Apakah yang dimaksudkan taman?
"Di antara rumahku dan mimbarku terletak sebuah raudhah (taman) dari taman-taman surga. Mimbarku ada di atas telagaku" (HR Abu Hurairah RA)
Jemaah digalakkan berusaha untuk dapat memasuki Raudhah dengan melakukan solat dan berdoa dengan bersungguh-sungguh kerana Raudhah adalah antara tempat makbul doa.
Ruang Raudah tidak terlalu luas, bermula dari Rumah Nabi (Makam Nabi) sehingga ke kawasan mimbar dan juga tempat Muazzin. Di dalam Raudhah selain terdapat Makam Nabi, juga terdapat Mihrab Nabi (tempat Nabi mengimami solat berjemaah), Mimbar Nabi (tempat Nabi membaca khutbah), Tiang Taubat, Tiang Aishah dan juga Tempat Muazin. Jemaah lelaki digalakkan supaya mengambil peluang untuk solat sunat 2 rakaat di kawasan Mihrab Nabi walaupun seumur hidup sekali. Mudah-mudahan Mihrab Nabi boleh menjadi saksi di akhirat kelak yang kita pernah solat dan sujud di tempat Nabi selalu sujud kepada Allah. Jemaah wanita tidak berpeluang untuk solat di Mihrab Nabi kerana ianya termasuk dalam kawasan lelaki.
Bagi jemaah wanita, lawatan ke Raudhah dibahagikan mengikut Zon Masa. Ini kerana Raudhah terletak di kawasan solat jemaah lelaki di bahagian hadapan Masjid Nabawi. Di sebelah pagi waktu lawatan ialah selepas selesai Solat Subuh kira-kira jam 7 pagi sehingga kira-kira 1 jam sebelum masuk waktu Zohor. Di sebelah petang pula, masanya agak singkat iaitu selepas selesai solat Zuhur hingga sebelum masuk waktu Asar. Manakala sebelah malam pula, selepas selesai solat Isyak hingga jam 12 tengah malam.
Baqi
Baqi adalah tanah perkuburan bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Dahulunya pada zaman Rasul ianya jauh dari masjid, tetapi oleh kerana pembesaran masjid nabawi yang dilakukan beberapa kali oleh pemerintah, maka perkuburan ini dah jadi bersebelahan dengan pagar masjid. Baqi adalah khusus untuk penduduk Madinah. Rasulullah saw menjadikan tanah perkuburan ini untuk keluarga dan para sahabat Beliau. Dikatakan lebih 10 ribu sahabat telah dikebumikan disini. Para istri Rasul juga semuanya disemadikan di perkuburan ini kecuali Siti Khadijah, makamnya di Jannat al-Maula Makkah.
Muzium Nama2 Allah
Muzium ini terletak di luar pagar kanan Masjid Nabawi apabila kita berdiri menghadap ke kiblat.Susun atur pameran di muzium ini ringkas tetapi sangat menarik kerana kita di bawa meneroka suatu alam luas ciptaan ALLAH.
Dewan pameran dipenuhi dengan susunan 99 Nama ALLAH dengan makna dan menjelasan. Terdapat juga pameran animasi, tayangan video dan model bagi membawa pengunjung merasai kehebatan dan kebesaran ALLAH SWT.
No comments:
Post a Comment