Sunday, November 27, 2016

Pengalaman Haji 2016M/ 1437H - Susah Senang bersama rakan2 jemaah haji

Gambar kenangan bersama rakan-rakan jemaah Haji 2016 M /1437H
Sebelum ke Arafah

Sebelum ke Arafah

Di Khemah Arafah

Lunch with Haji Nazri n Hajjah Suraya di Safwa Tower

Dihadapan Masjidil Haram

Bersama rakan2 di Luar Masjid Nabawi

Lunch Date with Kak Sue

Di luar Masjid Nabawi - Liza n Kak Sue

Rakan2 Sebilik

Roomates

Nak timbang beg - esok nak balik Malaysia

Roomates

Ain, Sue and me with Spouse

Farewell




Saturday, November 12, 2016

Pengalaman Haji 2016M/ 1437H - Di Madinah - Masjid Nabawi

Kelebihan ziarah Masjid Nabawai iaitu :
  • Solat di Masjid Nabawi mendapat gandaan pahala sebanyak 1,000 kali
  • Terdapat makam Nabi dan sahabat
  • Terdapat taman Syurga - Raudah
  • Melihat kesan sejarah Rasulullah SAW. dan sahabat – sahabatnya memberikan keinsafan serta meningkatkan keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT
Kelebihan bersolat 40 waktu, iaitu menunaikan 40 solat fardu (8 hari) adalah sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra., bahawa Nabi :saw bersabda :-




"Barangsiapa bersolat 40 solat (yakni, solat fardu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya ditulis baginya (pertama) terpelihara dari neraka dan (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga) dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau, menjadi orang munafiq)." [Hadith Imam Ahmad, dalam Musnad].


SEJARAH 
Masjid Nabawi adalah masjid yang dibangun oleh Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat dan kaum muslimin di tengah kota Madinah. Dibangunkan pada bulan Rabi’ul Awal Tahun 1 Hijrah (September 662 M) setelah baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah. Masjid Nabawi dibangunkan di atas tanah milik anak yatim Sahal dan Suhail yang dibeli dengan harga 10 dinar, dan ditambah tanah wakaf As’ad bin Zurarah. Batu pertama diletakkan oleh Rasulullah SAW dan seterusnya oleh para sahabat, yang dimulai dari Abu Bakar Shiddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib.

Pelan kedudukan Masjid
Pelan Masjid Nabawi mengikut sejarah Pembinaan.

Pelan Masjid Nabawi

Pengalaman Haji 2016M/ 1437H - Di Madinah - Al Anwar Movenpick

Di Madinah kami telah di tempatkan di Al Anwar Movenpick Hotel. Hotel ini terletak di penjuru kanan (tenggara). Kalau nak ke  Masjid Nabawi ikut pintu no15. Hotel ni ada 2 tower. Satu tower utk mereka yang mengambil pakej Tabung Haji dan satu tower lagi untuk kami pakej Muasasah. Bilik mereka yang mengabil pakej mewah Tabung Haji menghadap Masjid Nabawi. Apa2 pun alhamdulillah kami yg pakej Muasasah ni cukup selesa.
4 katil sebilik
Pantry - Kitchenett


Saya ditempat 4 org dalam satu bilik. Roomate saya ada roomate yg sama semasa di Mekah dulu. Dalam bilik ada 4 katil, TV dan ada pantry, ada peti ais. Bilik agak mewah taraf 4****.

Di hotel ini juga ada perkhidmatan klinik kesihatan dan kaunter pengeluaran wang yang disediakan oleh Tabung Haji. Ada juga kaunter poslaju unuk perkhidmatan penghantaran.

Kat sini dewan makan disediakan utk makan tengahari dan malam. Breakfast para jemaah kena cari sendiri. Kebiasaanya sekitar hotel ada kedai yang menjual roti dan donat arab. Kami pernah juga mencari roti canai cicah kari tapi tak sesedap di Mekah. Kedainya agak jauh sikit dari hotel tapi ok je, dipintu 25. Jika berhajat boleh singgah semasa balik solat suboh. Jika hendak ubah menu makan tengahari atau malam terdapat banyak kedai disekitar hotel utk makan nasi arab, KFC dan ayam goreng Al-Bait pun ada.

Terdapat satu kedai aiscream dalam hotel...agak mahal 5 riyal satu cone. Ada juga satu kedai yg menjual aiscream diluar hotel 3 riyal 1 cone, bagi saya lebih sedap dari yg kedai dalam hotel.

Kedai untuk membeli belah memang sangat banyak di sekitar hotel. Barang dan harga lebih kurang sama, maka pandai2 la buat pilihan dan tawar menawar.

Kesimpulannya di Madinah sangat santai. Masjid sangat dekat tiada masalah untuk ke masjid setiap waktu. Kedai pun semua di sekeliling  hotel.
Suasana Masjid Nabawi selepas waktu Dhuha

Kedai di Kebun Kurma

Suasana Masjid Nabawi menjelang Maghrib - Payung di tutup

Suasana Masjid Nabawi selepas Asar - Payung masih terbuka

Wednesday, October 26, 2016

Pengalaman Haji 2016M/ 1437H - Di Madinah - Ibadah/Ziarah

Aktiviti utama di kota Madinah adalah Solat fardu di Masjid Nabawi/ Al- Munawarah. Selama 9 hari di sini sebaik-baik kita sempurnakan kesemua Solat Fardu di Masjid Nabawi kerana disini in sya Allah tiada halangan dari segi jauh perjalanan. Biasanya hotel tempat tinggal kita hanya di sekitar luar pagar masjid sahaja. Sebarang amalan di dalam Masjid Nabawi akan diberi ganjaran 1,000 kali pahala. Jadi perbanyakanlan solat, bersedekah dan menolong orang didalam masjid.



Masjid Quba

Masjid yang terletak 5 km dari Masjid Nabawi. Masjid yang pertama dibangunkan oleh Nabi Muhamad SAW. Nabi SAW selalu solat di masjid ini pada hari Sabtu, Isnin dan Khamis. Rasullullah juga pernah bersabda" Barang siapa yang bersuci dari tempat tinggalnya dan solat 2 raakaat di Masjid Quba maka dia akan mendapat pahala umrah"
Maka sementara kita di bumi Madinah ini cubalah sekurang2nya sehari sekali ke Masjid Quba untuk solat sunat 2 rakaat. Dan jangan lupa berwuduk sebelum ke sana.
Terdapat Van dan juga teksi untuk kesana. Van boleh didapati di bahagian hadapan masjid iaitu jalan menuju ke Pasar Kurma. Tambang SAR2 untuk satu hala.
Jika menaiki Teksi biasanya tambang sebanyak SAR 10 riyal sehala
Van untuk ke Masjid Quba

Raudah

Raudah bermaksud taman. Apakah yang dimaksudkan taman?
"Di antara rumahku dan mimbarku terletak sebuah raudhah (taman) dari taman-taman surga. Mimbarku ada di atas telagaku" (HR Abu Hurairah RA)

Jemaah digalakkan berusaha untuk dapat memasuki Raudhah dengan melakukan solat dan berdoa dengan bersungguh-sungguh kerana Raudhah adalah antara tempat makbul doa.

Ruang Raudah tidak terlalu luas, bermula dari Rumah Nabi (Makam Nabi) sehingga ke kawasan mimbar dan juga tempat Muazzin. Di dalam Raudhah selain terdapat Makam Nabi, juga terdapat Mihrab Nabi (tempat Nabi mengimami solat berjemaah), Mimbar Nabi (tempat Nabi membaca khutbah), Tiang Taubat, Tiang Aishah dan juga Tempat Muazin. Jemaah lelaki digalakkan supaya mengambil peluang untuk solat sunat 2 rakaat di kawasan Mihrab Nabi walaupun seumur hidup sekali. Mudah-mudahan Mihrab Nabi boleh menjadi saksi di akhirat kelak yang kita pernah solat dan sujud di tempat Nabi selalu sujud kepada Allah. Jemaah wanita tidak berpeluang untuk solat di Mihrab Nabi kerana ianya termasuk dalam kawasan lelaki.

Bagi jemaah wanita, lawatan ke Raudhah dibahagikan mengikut Zon Masa. Ini kerana Raudhah terletak di kawasan solat jemaah lelaki di bahagian hadapan Masjid Nabawi. Di sebelah pagi waktu lawatan ialah selepas selesai Solat Subuh kira-kira jam 7 pagi sehingga kira-kira 1 jam sebelum masuk waktu Zohor. Di sebelah petang pula, masanya agak singkat iaitu selepas selesai solat Zuhur hingga sebelum masuk waktu Asar. Manakala sebelah malam pula, selepas selesai solat Isyak hingga jam 12 tengah malam.

Baqi

 Baqi adalah tanah perkuburan bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Dahulunya pada zaman Rasul ianya jauh dari masjid, tetapi oleh kerana pembesaran masjid nabawi yang dilakukan beberapa kali oleh pemerintah, maka perkuburan ini dah jadi bersebelahan dengan pagar masjid. Baqi adalah khusus untuk penduduk Madinah. Rasulullah saw menjadikan tanah perkuburan ini untuk keluarga dan para sahabat Beliau. Dikatakan lebih 10 ribu sahabat telah dikebumikan disini. Para istri Rasul juga semuanya disemadikan di perkuburan ini kecuali Siti Khadijah, makamnya di Jannat al-Maula Makkah.


Muzium Nama2 Allah

Muzium ini terletak di luar pagar kanan Masjid Nabawi apabila kita berdiri menghadap ke kiblat.Susun atur pameran di muzium ini ringkas tetapi sangat menarik kerana kita di bawa meneroka suatu alam luas ciptaan ALLAH.
Dewan pameran dipenuhi dengan susunan 99 Nama ALLAH dengan makna dan menjelasan. Terdapat juga pameran animasi, tayangan video dan model bagi membawa pengunjung merasai kehebatan dan kebesaran ALLAH SWT.










Thursday, October 20, 2016

Pengalaman Haji 2016M/ 1437H - Di Mekah - Masjidil Haram

MasjidilHaram terletak di Kota Mekah . Masjid ini dibina mengeliling Kaabah iaitu Qiblat utk seluruh umat islam.

Dari segi kedudukan, ada banyak pintu untuk memasuki MasjidilHaram. Antara pintu2 besar adalah KIng Fahd Gate, King Abdul Aziz Gate, Umrah Gate, shofa gate dan Fatah Gate.

Pintu Babus Salam adalah pintu yang biasa digunakan oleh Nabi Muhamad SAW untuk ke MasjidilHaram. Pintu ini terletak di tingkat bawah laluan Saie. Kalau masuk pintu ni, boleh terus ke dataran kaabah melalui jalan pintas ke saie - marwah.

Pelan MasjidilHaram dan pintu2 utama
Kalau anda berada di Safwa Tower maka, pintu yang paling hampir adalah pintu King Abdul Aziz, iaitu pintu no. 1. 

Selain daripada Kaabah apa yang ada di Masjidil Haram:
1. Makam Ibrahim
Bukanlah kubur Nabi Ibrahim tetapi adalah batu yg diturunkan dari Syurga bersama Hajarul Aswad oleh Allah untuk digunakan oleh Nabi Ibrahim untuk membina Kaabah bersama anaknya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim telah berdiri diatas batu tersebut dan terdapat bekas tapak kaki baginda di situ. Batu tersebut telah diletakkan didalam satu binaan di sebelah timur Kaabah
2. Hijir Ismail
Pagar  separa bulat yang dibina oleh Nabi Ibrahim. Hijir Ismail merupkan sebahagian daripada Kaabah. Setelah selesai tawaf adalah disunatkan solat sunat 2 raakaat dan berdoa di Hijir Ismail.
3. Hajarul Aswad
Terletak dipenjuru ke 4 Kaabah. Sebiji batu putih yang diturunkan dari Syurga dan telah menjadi hitam disebabkan dosa dan kejahatan manusia.
4. Telaga Air ZamZam
Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan kerana boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar.

Setiap pahala amalan dan ibadah yg kita buat di kota Mekah terutama didalam MasjidilHaram akan digandakan menjadi 100,000 kali.


Ibadah Tawaf hanya dapat dilakukan di dalam MasjidilHaram. Ada 4 jenis Tawaf;

1. Tawaf Ifadah
Merupakan rukun dalam Haji. Jika tidak dilakukan akan terbatal hajinya. Dikenali juga sebagai tawaf rukun. Tawaf ifadah biasanya dilakukan setelah ibadah melontar.

2. Tawaf Qudum
Merupakan tawaf selamat datang. Rasullullah setiap kali masuk ke masjidilharam akan melakukan tawaf qudum untuk mengantikan solat sunat tahyatul masjid. Hukumnya sunat.

3. Tawaf Wada'
Merupakan tawaf selamat tinggal jika hendak meninggalkan kota Mekah sekurang2nya 2 marhalah adalah wajib melaksankan tawaf Wada' sebagai tanda perpisahan dan penghormatan kepada Baitullah dan Masjidilharam. Hukumnya wajib dan jika tidak dilaksanakan akan dikenakan dam.

4. Tawaf Sunat
Boleh dilaksanakan bila2 masa semasa berada di Masjidilharam.

Antara tempat2 mustajab berdoa semasa berada didalam MasjidilHaram adalah di
1. Multazam iaitu diantara bucu Hajaratul Aswad dan pintu Kaabah
2. Belakang Makam Ibrahim
3. Belakang Telaga Zamzam
4. Dalam Hijir Ismail dan dibawah Pancuran emas
5. Bukit Safa ( di luar Masjidil Haram)
6. Bukit Marwa (diluar Masjidil Haram)

Sunday, October 16, 2016

Pengalaman Haji 2016M/ 1437H - Di Mekah - Aktiviti Ibadah

1. Sebelum Musim Haji
Kami berniat ihram sejak dalam kapal terbang sebelum Qurnul Manazil. Ini bermakna kami mula berihram sejak 3 Zulhijah 1437H, iaitu kira2  6 hari sebelum hari Wukuf (9 Zulhijah).
Sesampai kami di Mekah, Hotel Abraj Janariah jam 4pagi, pihak Tabung Haji telah meminta jemaah kumpulan kami turun semula di Lobby Hotel pada jam 6 pagi selepas solat Suboh untuk sessi penerangan dan dibawa ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf qudum ( tawaf selamat datang) untuk yang berniat Haji Ifrad atau tawaf umrah untuk jemaah yang berniat Umrah. Alhamdulillah kami sempat breakfast Bubur Nasi dan Mee goreng di Cafe sebelum sessi penerangan

Sepajang perlajanan kami ke Masjidil Haram, kami di pimpin oleh mutawif untuk menunjukan jalan pergi dan balik ke Masjidil Haram, tempat solat didalam Masjid, tempat Saie dan tempat tawaf. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 20 ke 30 minit untuk sampai ke dataran Masjid.

Alhamdulillah kami selesai melakukan tawaf Qudum dan Saie Haji  kira2 jam 10.45. So kami decide nak tunggu Zohor baru balik Hotel.

Antara Aktiviti sebelum waktu Wukuf adalah berulang alik ke majidil Haram untuk menunaikan Solat Fardu dan tawaf Sunat.

Kebiasaannya kami memulakan aktivity seawal 2 pagi. Mandi sebelum ke Masjid untuk solat Suboh. Sebelum Suboh sempat la melakukan ibadah sunat seperti solat2 sunat dan berzikir. Jika berhajat untuk melakukan tawaf kami akan makan roti/croissont bersama tamar, jika tidak cukupla setakat menjamah tamar.

Selepas subuh selalunya kami akan pulang ke Hotel dan membeli sarapan. Setelah sarapan kami akan tidur sekejap dan bangun semula jam 10 pagi. Sempat mencuci pakaian sebelum memulakan perjalanan ke Masjid semula untuk solat Dhuha dan Zohor.

Walaupun cuaca agak panas, kebiasaanya kami akan pulang ke hotel selepas zuhor untuk makan tengahari dan rehat sebentar.

Kira jam 2.50 ptg kami akan bergegas semula ke Masjid untuk solat Asar, Maghrib, Isyak. Selepas Isyak baru la kami pulang ke Hotel.

2. Semasa Musim Haji 9 -13 Zulhijjah

DI BUMI ARAFAH
8 Zulhijjah, sehari sebelum wukuf

Pihak Tabung Haji telah menghantar jemaah secara berperingkat ke Bumi Arafah mengikut KT bermula selepas Zuhor menaiki bas
Di Lobby hotel - menunggu bas untuk ke Arafah

9 Zulhijjah
KT kami adalah KT yg berakhir sekali berangkat ke Arafah iaitu selepas Isyak. Kami sampai ke Arafah kira2 jam 10 malam. Suasana sangat hening mungkin jemaah yang telah sampai awal telah tidur.
Kawan2 satu Khemah di Arafah

Setiap orang telah ditentukan Khemah masing2. Khemah kami agak kecil berbanding khemah lain. Khemah kami hanya boleh memuatkan kira-kira 40 jemaah sahaja. Khemah ini akan menjadi tempat tinggal kami untuk 1malam dan 1 hari sahaja pada hari wukuf esok hari.

Sesampai di Khemah kami diarahkan untuk tidur supaya dapat bangun awal untuk memulakan persiapan wukuf esok Haji.

Seawal sebelum suboh, aktiviti telah bermula dari solat sunat tahajud, solat sunat hajat dan sebagainya. Selepas solat suboh berjemaah di dalam khemah masing2, terdapat tazkirah yg dipimpin oleh ustaz yang mengendalikan KT masing2. Ketika ini terdapat tazkirah /ceramah yg agak bercelaru sebab kita boleh dengar juga tazkirah dari kumpulan KT yg lain juga pada ketika yg sama, even terdapat juga ustaz yang memperdengarkan zikir pada ketika ini. Aktiviti ini berakhir pada jam 7.30 dimana sarapan pagi diedarkan untuk setiap khemah.
Suasana di Khemah Arafah Jemaah Lelaki

Selepas ini adalah aktiviti individu untuk berzikir, memperbanyakan amalan supaya doa dimakbulkan pada waktu wukuf nanti.
Waktu Wukuf = masuk waktu Zohor sehingga sebelum Maghrib

Sebelum solat zohor terdapat Khutbah wukuf yang dibacakan oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Jamil Khir Baharom. Kami melakukan solat Jamak Tamam untuk solat Zohor dan Asar.

Setelah selesai solat, kembali memulakan aktiviti individu tetapi kali ini focus kepada doa kena pada ketika ini doa sangat mustajab dimana 7 lapisan Langit di buka untuk diperkenankan doa2 yang dipinta oleh seluruh umat manusia kepada ALLAH.

Sebelum matahari terbenam, kumpulan KT 47 telah diarahkan menaiki bas untuk ke Mudzalifah. Sebelum meninggalkan bumi Arafah semasa dalam bas, kami masih sempat menadah tangan memanjatkan doa disaat2 akhir semasa berada di bumi Arafah.

Sepanjang perjalanan, kami nampak jemaah dari negara lain hanya berjalan kaki menuju ke Mudzalifah. Gigih sungguh meraka. Alhamdulillah kita rakyat Malaysia dan pihak tabung haji telah berjaya menguruskan urusan perjalanan haji lebih teratur walaupun masih tidak dapat memuaskan hati semua orang.

DI BUMI MUDZALIFAH
10 Zulhijjah
Kami sampai di bumi Mudzalifah kira-kira jam 7 malam, bumi Mudzalifah masih kosong. kami adalah kumpulan pertama yang sampai. En Suami siap sempat mandi di toilet sebelum solat maghrib dan isyak. Di sini kami menghampar tikar yg dibekalkan untuk merehatkan diri sementara menunggu tengah malam iaitu kira2 jam 11:45 malam. Setelah selesai solat, kami mengumpul batu untuk aktiviti melontar esok. Sedikit demi sedikit kumpulan jemaah lain telah tiba di bumi Mudzalifah dan kami telah mula melelapkan mata.
Suasana di Mudzalifah - Menunggu tengah malam

Sedar-sedar, kira2 jam 12 malam pihak Tabung Haji telah mengarahkan Jemaah KT 47 untuk menaiki bas untuk dibawa ke Mina.

DI BUMI MINA
Kami sampai di bumi Mina dalam jam 1 pagi. Kemas2 dan bersihkan diri. Pihak tabung Haji mengarahkan kumpulan kami untuk membuat lontaran di Jamratul Kubra pada jam 3 pagi.
Perjalanan pergi dan balik mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit , iaitu lebih kurang 2.7 km.
Kami sempat kembali ke khemah untuk solat suboh.

berduyun jemaah untuk melontar jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah

Terdapat escalator untuk kemudahan para jemaah

Mengadap Kiblat- untuk berdoa setelah selesai menlontar
Bercukur setelah selesai menlontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah

Alhamdulillah selasai Lontaran hari pertama


Khemah kami di Mina juga adalah khemah yang paling kecil antara khemah orang lain. Tetapi 2x ganda lebih besar dari khemah kami di Arafah. Kali ini penghuni khemah kami adalah lebih kurang 80 orang. Di khemah inilah tempat kami berlindung untuk 3 hari 3 malam. Disinilah kemuncak cabaran haji dimana kesabaran diuji dengan kebersihan kawan, kesihatan kawan-kawan, keadaan cuaca yang panas terik terutama ketika zohor dan asar, berbaris panjang toilet dan sebagainya.



11- 13 Zulhijjah
Untuk hari seterusnya semasa berada di bumi Mina ini, kami wajib menyelesaikan lontaran ketiga- tiga Jamratul Kubra, Sugra dan Wusta pada setiap hari selepas Subuh.

3. Selepas Musim Haji
Kebanyakan aktiviti lebih kurang sama seperti Sebelum Musim Haji, cuma di tambah aktiviti menunaikan umrah.

Kebiasanya kami akan meniat Umrah di miqat, Tanaim pada sebelah malam selepas isyak. Ada beberapa option untuk pergi berniat di migat:
1. Pihak Tabung Haji ada menyediakan perkhidmatan bas untuk ke Tanaim pada setiap malam Tambang 10 Riyal pergi dan balik.
2. Perkhidmatan bas dengan tambang 2 Riyal satu perjalanan ke Tanaim pada sebelah siang hari.
3. Perkhidmatan taxi dengan tambang sekitar 50- 70 Riyal pergi dan balik
4. Perkhidmatan Van dengan tambang sekitar 15 - 20 Riyal pergi dan balik.

* Tips: untuk  Taxi sila bayar semasa balik kerana dikhuatiri, taxi tidak menunggu kita semasa kita melakukan solat sunat di Masjid di Tanaim.

Menaiki Bas Malam untuk ke Tanaim - Berniat Umrah
Masjid Siti Aisah di Tanaim



Selepas Niat di Miqat (Tanaim) ada 2 options untuk meyelesaikan umrah:

1. Selesaikan umrah pada malam itu juga.
Jika badan tidak terlalu letih boleh ambil option ni. Jika tidak terlalu ramai orang, Tawaf boleh selesai kurang dari 1 jam dan Saie akan selesai kurang 2 jam. So umrah akan selesai dalam jam sebelum jam 12 tghmalam. Boleh  tunggu subuh atau balik ke Hotel dulu.

2. Selasaikan umrah selepas Subuh esok paginya.
Jika badan letih, baik rehat dan tido dulu ( dalam Ihram tau). Pergi solat Subuh, lepas solat suboh boleh selesaikan Tawaf dan Saie. Kena makan roti dulu sebelum pergi masjid supaya tidak lapar sangat. Umrah akan selesai  sebelum jam 8.30 pagi. Balik hotel, beli breakfast, then tido sebelum Zuhor.

Saturday, October 15, 2016

Pengalaman Haji 2016M/ 1437H - Di Mekah - Abraj Al Janariah

Di Mekah, kami telah ditempatkan di Hotel Abraj Al Janariah. Hotel ini ada 15 tingkat. Bilik kami di tingkat 3. Hotel ini dikatakan HQ TH semasa musim haji. Abraj Al Janariah terletak lebih kurang 750meter dari dataran Masjidil Haram.

Di Hotel ini ada klinik yang beroperasi di 3 tingkat yang berlainan untuk memberi perkhidmatan kepada para jemaah yang tidak sihat. Selain itu terdapat juga kaunter pengeluaran wang disediakan di tingkat bawah hotel. Disamping itu juga ada kaunter kaunseling dan pertanyaan untuk semua permasalahan yang di hadapi oleh para jemaah haji.

Terdapat juga cafetaria di tingkat bawah hotel yang menyediakan makanan untuk para jemaah. Cafe ini menjadi tumpuan pada waktu pagi iaitu selepas solat suboh, dimana para jemaah akan berduyun2 mencari makanan untuk sarapan. Selain daripada cafetaria ini terdapat juga penjual jalanan yang menjual juadah untuk sarapan di luar sekitar hotel. Terdapat juga restorant yang terletak tidak berapa jauh dari hotel yang menyediakan makanan seperti roti canai, nasi beriyani, kari ayam/ daging yg sedap, burger, sharwarma dll.

Didalam hotel juga ada berapa kedai lain seperti Kedai yang menjual kurma, kekacang. Kedai Minyak wangi/ tasbih, Kedai karpet, Kedai yang menerima tempahan jubah juga ada didlam hotel ini.

Selain itu ada juga kaunter yang menyediakan perkhidmatan pos/panghantaran, Kaunter iTalk/ mobili, dan perkhidmatan bas untuk ke Tanaim untuk bermiqat, perkhidmatan bas untuk ziarah ke sekitar Mekah/ Tanaim, Ja'aranah, Taif.

Terdapat juga beberapa buah kedai runcit di sekitar hotel ini yang boleh memenuhi keperluan para jemaah seperti roti, makanan ringgan, minuman, buah2an, cili, bawang, sabun basuh dll.

Kami jemaah KT 47 telah mendiami hotel ini dari 6 Sept - 6 Oct 2016 lebih kurang 31 hari. Bilik 357 adalah bilik saya bersama 7 orang roomates. Antara pilihan bilik yang terdapat dihotel ini adalah berdua sebilik sehinggalah berlapan sebilik.
Arrangement bilik dalam bangunan hotel
dalam bilik kami ada pantry dan peti ais

ini adalah bilik kami 357 muat utk 8 orang , 4org dari Klang Valey, 4 org lagi dari Perak

Makanan yang di pek untuk tengahari dan malam

makan atas tikar...ni masa dalam ihram lagi
makan atas tikar terbang...hehe
dalam perjalan ke masjidil haram...melalui bus station

dalam perjalanan ke masjidil haram..belakang tu bangunan hotel kami

Location Hotel - Zon A

roomates saya...kak Su, Kak Ha, Kak Long, Syafinaz dan Sahara...kak Ina tak de dlm gambar