* Semoga entry boleh dijadikan panduan
Perancangan awal Tabung Haji untuk tahun ini menyediakan KT1 sehingga KT47 sahaja dimana Jadual penerbangan seawal 4 Ogos 2016 hingga 5 Sept 2016. Tetapi pihak Tabung Haji telah mendapat quota tambahan dan menambah 2 KT disaat2 akhir pada 6 Sept2016 untuk KT 48 dan KT49.Seperti yang dipohon dan dirancang, kami dapat penerbangan yang terakhir iaitu KT 47B.
Sebaik je confirm tarikh penerbangan, kami buat kenduri doa selamat sikit untuk kami yg akan menunaikan haji dan anak2 yg akan kami tinggalkan dan menghadapi peperiksaan.
Food tasting for family members |
Persediaan |
Persediaan |
Antara Juadah |
Kuih Muih |
Jiran2 |
tuan rumah dan tetamu |
Faiz melaungkan azan sebelum bergerak ke Kelana Jaya |
Sampai di Kelana Jaya |
Tips 1;
Sila datang 2 jam awal untuk pendaftaran, pengambilan beg galas, tikar dan lain2 hadiah dari penaja dan check-in luggage.
Lepas Solat Suboh di Kelana Jaya |
Masih di Kelana Jaya |
Setelah pendaftaran selesai, azan berkumandang dan kami terus solat Subuh. Selesai solat subuh, kami diarah masuk ke dewan untuk sessi penerangan perjalanan. Sementara menunggu semua jemaah masuk ke dewan, kami sempat sarapan pagi. Ada cafe kecil yg menjual beberapa juadah sarapan untuk alas perut di luar dewan. Manakala didalam dewan ada kaunter tukaran wang Saudi disediakan. Kaunter ini menyediakan tukaran wang sekecil 5 riyal.
Sebelum jam 10 pagi, kami telah diarahkan menaiki bas untuk ke KLIA. Rasanya ada lebih kurang 11 buah bas konvoi yg membawa semua jemaah. Route kami adalah dari TH Kelana Jaya -> Western Digital -> Federal Highway ->Batu 3 -> Elite -> KLIA
Bas ke KLIA |
Di KLIA, kami diturunkan terus ke terminal berlepas. Urusan sangat lancar seperti yang dirancang. Kami masuk ke ruang menunggu lebih kurang 11pagi, saya dan suami terus ke bilik air untuk wuduk. Kami berada di pesawat dalam jam 11.45pagi. 1/2 jam kemudian kami flight kami take off ke Jeddah.
Boarding Ticket kami |
Dalam Fight:
1. Makan dihidangkan 2 kali
2. Solat jamak Takdim Zohor dan Asar - wuduk masa di airport
Setelah lebih kurang 7 jam di dlam kapal terbang, kami sampai ke Jeddah Airport dalam jam 3.30 ptg ( waktu arab)
Tips 2:
Time different 5jam
Urusan immigration dan pengangkutan bus kami di Airport Jeddah mengambil masa hampir 10 jam..tapi alhamdulillah semua dalam keadaan tenang dan redho. * Tahniah kepada Petugas TH yg pandai mengawal situasi.
Tido....Menunggu Immigration memanggil untuk ke kaunter. Org arab ni akan panggil mengikut negara.... |
Disini kami menunaikan solat jamak isya' dan maghrib.
Keluar je airport kami dapat sekaki payung. Sila ambil untuk kegunaan semasa di Arafah dan Mina
Di Luar Airport Jeddah - Menunggu Bas untuk ke Hotel |
Tips 3:
Dipengkaraan airport tu ada banyak booth mobile provider yg jual package broadband n phone usage. Kami beli package Mobily...package paling berbaloi...30MB for 3 month + SAR 20 phone usage -> only for SAR 30
Mobili pack |
No comments:
Post a Comment