Di Madinah kami telah di tempatkan di Al Anwar Movenpick Hotel. Hotel ini terletak di penjuru kanan (tenggara). Kalau nak ke Masjid Nabawi ikut pintu no15. Hotel ni ada 2 tower. Satu tower utk mereka yang mengambil pakej Tabung Haji dan satu tower lagi untuk kami pakej Muasasah. Bilik mereka yang mengabil pakej mewah Tabung Haji menghadap Masjid Nabawi. Apa2 pun alhamdulillah kami yg pakej Muasasah ni cukup selesa.
|
4 katil sebilik |
|
Pantry - Kitchenett |
Saya ditempat 4 org dalam satu bilik. Roomate saya ada roomate yg sama semasa di Mekah dulu. Dalam bilik ada 4 katil, TV dan ada pantry, ada peti ais. Bilik agak mewah taraf 4****.
Di hotel ini juga ada perkhidmatan klinik kesihatan dan kaunter pengeluaran wang yang disediakan oleh Tabung Haji. Ada juga kaunter poslaju unuk perkhidmatan penghantaran.
Kat sini dewan makan disediakan utk makan tengahari dan malam. Breakfast para jemaah kena cari sendiri. Kebiasaanya sekitar hotel ada kedai yang menjual roti dan donat arab. Kami pernah juga mencari roti canai cicah kari tapi tak sesedap di Mekah. Kedainya agak jauh sikit dari hotel tapi ok je, dipintu 25. Jika berhajat boleh singgah semasa balik solat suboh. Jika hendak ubah menu makan tengahari atau malam terdapat banyak kedai disekitar hotel utk makan nasi arab, KFC dan ayam goreng Al-Bait pun ada.
Terdapat satu kedai aiscream dalam hotel...agak mahal 5 riyal satu cone. Ada juga satu kedai yg menjual aiscream diluar hotel 3 riyal 1 cone, bagi saya lebih sedap dari yg kedai dalam hotel.
Kedai untuk membeli belah memang sangat banyak di sekitar hotel. Barang dan harga lebih kurang sama, maka pandai2 la buat pilihan dan tawar menawar.
Kesimpulannya di Madinah sangat santai. Masjid sangat dekat tiada masalah untuk ke masjid setiap waktu. Kedai pun semua di sekeliling hotel.
|
Suasana Masjid Nabawi selepas waktu Dhuha |
|
Kedai di Kebun Kurma |
|
Suasana Masjid Nabawi menjelang Maghrib - Payung di tutup |
|
Suasana Masjid Nabawi selepas Asar - Payung masih terbuka |