Wednesday, September 07, 2016

Pengalaman Haji 2016M/ 1437H - Intro

* Semoga entry boleh dijadikan panduan

Perancangan awal Tabung Haji untuk tahun ini menyediakan KT1 sehingga KT47 sahaja dimana Jadual penerbangan seawal 4 Ogos 2016 hingga 5 Sept 2016. Tetapi pihak Tabung Haji telah mendapat quota tambahan dan menambah 2 KT disaat2 akhir pada 6 Sept2016 untuk KT 48 dan KT49.

Seperti yang dipohon dan dirancang, kami dapat penerbangan yang terakhir iaitu KT 47B.

Sebaik je confirm tarikh penerbangan, kami buat kenduri doa selamat sikit untuk kami yg akan menunaikan haji dan anak2 yg akan kami tinggalkan dan menghadapi peperiksaan.
Food tasting for family members

Persediaan

Persediaan

Antara Juadah

Kuih Muih








Jiran2

tuan rumah dan tetamu
Flight kami  pada5 Sept 2016 bersamaan 3 Zulhijjah 1437- kira-kira 6 hari sebelum hari Wukuf ( 9 Zulhijjah). Walaupun pendaftaran kami  pada jam 8 pagi, kami sampai ke Kelana Jaya sebelum jam 5 pagi. Keadaan masih lengang, hanya ada beberapa keluarga yang telah tiba.
Faiz melaungkan azan sebelum bergerak ke Kelana Jaya
Sampai di Kelana Jaya


Tips 1;
Sila datang 2 jam awal untuk pendaftaran, pengambilan beg galas, tikar dan lain2 hadiah dari penaja dan check-in luggage.

Lepas Solat Suboh di Kelana Jaya

Masih di Kelana Jaya


Setelah pendaftaran selesai, azan berkumandang dan kami terus solat Subuh. Selesai solat subuh, kami diarah masuk ke dewan untuk sessi penerangan perjalanan. Sementara menunggu semua jemaah masuk ke dewan, kami sempat sarapan pagi. Ada cafe kecil yg menjual beberapa juadah sarapan untuk alas perut di luar dewan. Manakala didalam dewan ada kaunter tukaran wang Saudi disediakan. Kaunter ini menyediakan tukaran wang sekecil 5 riyal.

Sebelum jam 10 pagi, kami telah diarahkan menaiki bas untuk ke KLIA. Rasanya ada lebih kurang 11 buah bas konvoi yg membawa semua jemaah. Route kami adalah dari TH Kelana Jaya -> Western Digital -> Federal Highway ->Batu 3 -> Elite -> KLIA
Bas ke KLIA

Di KLIA, kami diturunkan terus ke terminal berlepas. Urusan sangat lancar seperti yang dirancang. Kami masuk ke ruang menunggu lebih kurang 11pagi, saya dan suami terus ke bilik air untuk wuduk. Kami berada di pesawat dalam jam 11.45pagi. 1/2 jam kemudian kami flight kami take off ke Jeddah.

Boarding Ticket kami


Dalam Fight:
1. Makan dihidangkan 2 kali
2. Solat jamak Takdim Zohor dan Asar - wuduk masa di airport

Setelah lebih kurang 7 jam di dlam kapal terbang, kami sampai ke Jeddah Airport dalam jam 3.30 ptg ( waktu arab)

Tips 2:
Time different 5jam

Urusan immigration dan pengangkutan bus kami di Airport Jeddah mengambil masa hampir 10 jam..tapi alhamdulillah semua dalam keadaan tenang dan redho. * Tahniah kepada Petugas TH yg pandai mengawal situasi.
Tido....Menunggu Immigration memanggil untuk ke kaunter. Org arab ni akan panggil mengikut negara.... 



Disini kami menunaikan solat jamak isya' dan maghrib.

Keluar je airport kami dapat sekaki payung. Sila ambil untuk kegunaan semasa di Arafah dan Mina
Di Luar Airport Jeddah - Menunggu Bas untuk ke Hotel

Tips 3:
Dipengkaraan airport tu ada banyak booth mobile provider yg jual package broadband n phone usage. Kami beli package Mobily...package paling berbaloi...30MB for 3 month + SAR 20 phone usage -> only for SAR 30

Mobili pack




Tuesday, September 06, 2016

Pengalaman Haji 2016M/ 1437H - Perjalanan Haji (itenary)

Kami dijadualkan mengikut penerbangan terakhir iaitu KT47B. Kenapa terakhir..alasannya sebab Safiah UPSR. Safiah exam pada hari yang sama kami bertolak ke Mekah. Perancangan Allah..terbaik untuk kami in sya Allah.

5 Sept 2016 (3 Zulhijjah 1437) 
  •  8:00am  - Pendaftaran di Kelana Jaya 
  • 12:00pm - Menaiki Pesawat Saudi Airline
  • 3:30 pm - Tiba di Jeddah Airport
6 Sept 2016 (4 Zulhijjah 1437) 
  • 4:00 am - Check in  Abraj Al Jadnariah
  • 5:00 am - Solat Subuh di Surau Tkt 3 Abraj Al Jadnariah
  • 6:00 am - Tawaf Qudum + Saie Haji (Kami buat Haji Ifrad)
  • 12:30 pm - Solat Zuhor di Masjidil Haram
  • 3:50 pm - Solat Asar
  • 6:30 pm - Solat Magrib
  • 8:00 pm - Solat Isya
7 - 9 Sept 2016 (5 - 7 Zulhijjah 1437) 
  • 2:30am  - Persedian untuk ke Masjidil Haram
  • 4:50 am - Solat Subuh
  • 6:00 am - Tawaf sunat
  • 12:30 pm - Solat Zuhor di Masjidil Haram
  • 3:50 pm - Solat Asar
  • 6:30 pm - Solat Magrib
  • 8:00 pm - Solat Isya
10 Sept 2016 (8 Zulhijjah 1437) sehari sebelum WUKUF 
  • 2:30 am  - Persedian untuk ke Masjidil Haram
  • 4:50 am - Solat Subuh
  • 12:30 pm - Solat Zuhor di Masjidil Haram
  • 3:50 pm - Solat Asar di Surau Tkt 3 Abraj Al Jadnariah
  • 6:30 pm - Solat Magrib di Surau Tkt 3 Abraj Al Jadnariah
  • 8:00 pm - Solat Isyadi Surau Tkt 3 Abraj Al Jadnariah
  • 9:10 pm - Menaiki bas untuk ke Arafah
  • 10:00 pm - Tiba di bumi Arafah - bermalam di Khemah
11 Sept 2016 (9 Zulhijjah 1437) hari WUKUF 
  • 2:30 am  - Persedian untuk solat subuh
  • 4:50 am - Solat Subuh
  • 12:30 pm - Khutbah Wukuf 
  • 1:30 pm - Jamak Tamam Solat Zuhor  + Solat Asar di dalam Khemah
  • 2:00 pm - Berdoa
  • 6:15 pm - Menaiki bas ke Mudzalifah
  • 7:00 pm - Tiba di bumi Mudzalifah
  • 9:10 pm - Jamak Tamam Solat Maghrib + Isya, Kutip batu dan tido
12 Sept 2016 (10 Zulhijjah 1437) hari NAHAR = Hari Raya Haji 
  • 12:00 pm -Menaiki bas untuk ke Mina Tiba di bumi Arafah - bermalam di Khemah
  • 1:00 am - Tiba di Bumi Mina
  • 3:00 am - Memulakan perjalanan ke Jamratul Kubra untuk melontar Jamratul Kubra
  • 5:00 am - Tiba di Khemah
  • 5:30 am - Solat Subuh
  • 12:30 pm - Solat Zuhor di dalam Khemah
  • 3:50 pm - Solat Asar di dalam Khemah
  • 6:30 pm - Solat Maghrib di dalam Khemah
  • 7:50 pm - Solat Isya di dalam Khemah
13 -14 Sept 2016 (11-12 Zulhijjah 1437) hari TASYRIK (2hari) 
  • 2:30 am  - Persediaan untuk melontar
  • 4:00 am -  Memulakan perjalanan untuk melontar di Jamratul Sughra, Wusta, Kubra (belum melontar lagi tau...kena tunggu suboh)
  • 4:50 am - Solat Suboh
  • 5:10 am - Melontar di Jamratul Sughra, Wusta, Kubra
  • 12:30 pm - Solat Zuhor di dalam Khemah
  • 3:50 pm - Solat Asar di dalam Khemah
  • 6:30 pm - Solat Maghrib di dalam Khemah
  • 7:50 pm - Solat Isya di dalam Khemah
15 Sept 2016 (13 Zulhijjah 1437) hari terakhir TASYRIK 
  • 2:30 am  - Persediaan untuk melontar
  • 4:00 am -  Memulakan perjalanan untuk melontar di Jamratul Sughra, Wusta, Kubra (belum melontar lagi tau...kena tunggu suboh)
  • 4:50 am - Solat Suboh
  • 5:10 am - Melontar di Jamratul Sughra, Wusta, Kubra
  • 11:00 pm - Menaiki bas untuk pulang ke Mekah
  • 12:00 pm - Tiba di Abraj Al Janariah
  • 12:30 pm - Solat Zuhor di Abraj Al Jadnariah
  • 3:50 pm - Solat Asar di Masjidil Haram
  • 6:30 pm - Solat Maghrib di Masjidil Haram
  • 7:50 pm - Solat Isya di Masjidil Haram
16 -25 Sept 2016 (14-23 Zulhijjah 1437) 
  • 2:30 am  - Persediaan untuk ke Masjidil Haram
  • 3:00 am - Tawaf Umrah/Sunat
  • 4:50 am - Solat Subuh di Masjidil Haram
  • 5:30 am - Saie Umrah/Tawaf Sunat
  • 12:30 pm - Solat Zuhor di Masjidil Haram
  • 3:50 pm - Solat Asar di Masjidil Haram
  • 6:15 pm - Solat Magrib di Masjidil Haram/di Surau Tkt 3 Abraj Al Jadnariah
  • 7:50 pm - Solat Isya di Masjidil Haram/di Surau Tkt 3 Abraj Al Jadnariah
  • 8:10 pm - Menaiki bas ke Tanaim untuk miqat
  • 8:30 pm - Solat sunat Tahyatul Masjid dan solat sunat ihram di Masjid Saidatina Aishah, Tanaim
  • 8:50 pm - Menaiki bas pulang ke Mekah
  • 9:10 pm - Tiba di Abraj Al Jadnariah - Tido/ buat umrah terus
26 Sept 2016 (24 Zulhijjah 1437) 
  • 2:30 am - Persedian untuk ke Masjidil Haram
  • 4:50 am - Solat Suboh di Masjidil Haram
  • 12:30 pm - Solat Zuhor di Masjidil Haram
  • 2:00 pm - Checkin di Dar Al Gufran, Safwa Tower
  • 3:50 pm - Solat Asar 
  • 6:30 pm - Solat Maghrib di Masjidil Haram
  • 7:50 pm - Solat Isya di Masjidil Haram
27-30 Sept 2016 (25-28 Zulhijjah 1437)
  • 3:30 am - Persediaan untuk ke Masjidil Haram
  • 3:35 am - Tawaf Umrah/Sunat
  • 4:50 am - Solat Subuh di Masjidil Haram
  • 5:30 am - Saie Umrah/Tawaf Sunat
  • 12:30 pm - Solat Zuhor di Masjidil Haram
  • 3:50 pm - Solat Asar di Masjidil Haram
  • 6:30 pm - Solat Maghrib di Masjidil Haram
  • 7:50 pm - Solat Isya di Masjidil Haram
1 Oct 2016 (24 Zulhijjah 1437) 
  • 3:30 am - Persediaan untuk ke Masjidil Haram
  • 4:50 am - Solat Suboh di Masjidil Haram
  • 12:30 pm - Solat Zuhor di Masjidil Haram
  • 2:00 pm - Checkin di Al Marwaa Rayhaan Rotana, dekat Zam Zam Tower
  • 3:50 pm - Solat Asar di Masjidil Haram
  • 6:30 pm - Solat Maghrib di Masjidil Haram
  • 7:50 pm - Solat Isya di Masjidil Haram
2-3 Oct 2016 (1 -2 Muharram 1438)
  • 3:30 am - Persedian untuk ke Masjidil Haram
  • 3:35 am - Tawaf Umrah/Sunat
  • 4:50 am - Solat Subuh di Masjidil Haram
  • 5:30 am - Saie Umrah/Tawaf Sunat
  • 12:30 pm - Solat Zuhor di Masjidil Haram
  • 3:50 pm - Solat Asar di Masjidil Haram
  • 6:30 pm - Solat Maghrib di Masjidil Haram
  • 7:50 pm - Solat Isya di Masjidil Haram
4 Oct 2016 (3 Muharram 1438)
  • 3:30 am - Persediaan untuk ke Masjidil Haram
  • 3:35 am - Tawaf Umrah/Sunat
  • 4:50 am - Solat Subuh di Masjidil Haram
  • 5:30 am - Saie Umrah/Tawaf Sunat
  • 12:30 pm - Solat Zuhor di Masjidil Haram
  • 2:00 pm - Checkout dan berjalan pulang ke Abraj Al Janariah
  • 3:50 pm - Solat Asar di Surau Tkt 3 Abraj Al Jadnariah
  • 6:30 pm - Solat Maghrib di Masjidil Haram
  • 7:50 pm - Solat Isya di Masjidil Haram
5 Oct 2016 (4 Muharram 1438)
  • 2:30 am - Persediaan untuk ke Masjidil Haram
  • 4:50 am - Solat Suboh di Masjidil Haram
  • 12:30 pm - Solat Zuhor di Masjidil Haram
  • 3:50 pm - Solat Asar di Masjidil Haram
  • 6:30 pm - Solat Maghrib di Masjidil Haram
  • 7:50 pm - Solat Isya di Masjidil Haram
6 Oct 2016 (4 Muharram 1438)
  • 2:30 am - Persediaan untuk ke Masjidil Haram
  • 4:50 am - Solat Suboh di Masjidil Haram
  • 9:00 am - Menaiki bas untuk ke Madinah
  • 11:30 pm - Berhenti makan dan Jamak Solat Zuhor dan Asar di RNR
  • 3:50 pm - Checkin di Al Anwar Movenpick
  • 6:30 pm - Solat Maghrib di Masjid Nabawi
  • 7:50 pm - Solat Isya di Masjid Nabawi
7 - 13 Oct 2016 (6 -12 Muharram 1438)
  • 3:50 am - Persedian untuk ke Masjid Nabawi
  • 4:50 am - Solat Suboh di Masjid Nabawi
  • 8:00 am - Masjid Quba/ Raudah
  • 12:30 pm - Solat Zuhor di Masjid Nabawi
  • 3:50 pm - Solat Asar di Masjid Nabawi
  • 6:30 pm - Solat Maghrib di Masjid Nabawi
  • 7:50 pm - Solat Isya di Masjid Nabawi
14 Oct 2016 (13 Muharram 1438)
  • 3:50 am - Persedian untuk ke Masjid Nabawi
  • 4:50 am - Solat Suboh di Masjid Nabawi
  • 8:00 am - Masjid Quba/ Raudah
  • 12:30 pm - Solat Zuhor di Masjid Nabawi
  • 3:50 pm - Solat Asar di Masjid Nabawi
  • 6:30 pm - Solat Maghrib di Masjid Nabawi
  • 7:00 pm - Menaiki bas ke Airport Madinah
  • 8:30 pm - Solat Isya di Airport
15 Oct 2016 (14 Muharram 1438)
  • 12:05 am - Menaiki pesawat
  • 12:45 am - Pesawat berlepas
  • 2:15 pm - Tiba di KLIA
  • 2:50 pm - Jamak Takdim Solat Zohor + Asar di KLIA
  • 4:30 pm - Home Sweet Home
Tips:
1. Bagi yang ambil penerbangan akhir untuk pakej muasasah, boleh la ambil peluang untuk duduk dekat gan Masjidil Haram bila jemaah pakej yg paling mahal telah pulang. Biasanya pakej yang paling mahal akan tinggal di hotel 50m dari Masjidil Haram iaitu di sekitar Safwa Tower dan clock tower dan selalunya mereka tidak tinggal lama disana hanya lebih kurang 2 minggu sahaja. Jadi minggu ke 2 selepas aktiviti haji selesai boleh la jemaah muasasah membuat tempahan masuk ke hotel2 tersebut. Harga sekitar SAR400 semalam untuk 2 orang sekali dengan buffet sarapan.

Dar Al Gufran, Safwa Tower

Di Al Marwaa Rayhaan Rotana, dekat Zam Zam Tower





Thursday, September 01, 2016

Pengalaman Haji 2016M/ 1437H - Barang Keperluan

Antara barang2 yang perlu dibawa untuk permulaan bermaustautain di Mekah/Madinah.

*ini adalah untuk panduan sahaja..terpulang kepada keperluan masing2


# Kategori # Sub-kategori Lelaki Perempuan

1 Alat Kaki i Kasut 1 1

ii Selipar 1 1

iii Sarung kaki tebal - 2

iv stokin - 5

v Handsock - 4

2 Barang solat i Telekung - 3

ii Kain ihram 2 -

iii Tikar akan diberi 1 1

iv Tasbih 1 1

v Sejadah 1 1

3 Bag i Bag pakaian besar 1 1

ii Bag pakaian hand luggage + kunci mangga 1 1

iii Bag recycle 1 1

iv Uncang batu 1 1

v Bag uncang kasut 1 1

4 Ubatan i Mircadis, Crestor, Ural 3 -

ii Ubat sakit period - 2

iii Ubat migrain - 1

iv Acorcia 1 1

v Acustop 10 2

vi Panadol 1 1

vii Ubat Selsema + Ubat batuk 2 2

viii Lozenges 1 1

ix Plaster luka 1 1

5 Tuala i Tuala badan 1 1

ii Tuala muka 2 2

6 Wuduk i Spray wuduk 2 2

ii Botol wuduk/toilet 1 1

7 Pad i Pad - 3pek X 20

ii Panty liners - 3 pek X 40

iii Tisu poket 6 12

iv Disposable Panty - 4X3

8 Pakaian i Jubah ke masjid 3 4

ii Seluar panjang 2 1

iii T'shirt 4 3

iv Seluar tidur 2 2

v Baju kurung - 2

vi Coli - 3

vii Seluar dalam 2 5

viii Baju melayu 3 -

ix Kain dalam, seluar panjang tight 2 2,2

x Tshirt berpoket 2 -

xi Sweater 1 1

xii Tudung - 3 minitelekong + 3 shawl

xiii Anak Tudung - 4

xiv Kopiah 1 -

xv Tali pinggang 1 -

9 Kain i Kain batik  - 2

ii Kain pelikat (berjahit) 2 -

iii Kain pelikat (tidak berjahit) 2 -

10 Telefon i Handphone 1 1

ii Power bank jika perlu 1 1

11 Nota i  AlQuran terjemah 1 1

ii Buku2 doa (semasa tawaf, selepas solat) 1 1

iii Karangan doa di Arafah 1 1

iv Senarai aktiviti 1 1

v Buku nota 1 1

12 Alat mandian i Sabun badan * sabun mandi x berbau 2 2

ii Sabun muka - 1

iii Berus gigi 1 1

iv Ubat gigi 1 1

v Sabun basuh 1 1

vi Penyepit baju 1 1

vii Penyangkut baju 5 5

viii toileteries bag - mudah semasa diMina 1 1

13 Hias diri i Sikat 1 1

ii Deodarant 2 -

iii Losyen muka /Sunblock 1 1

iv Losyen body - 1

v Lips balm 1 1

vi Bedak Merah - 1

vii Ketip kuku - 1

viii Cotton bud 1 1

ix Gunting kecil 1 1

x Sewing kit
1

xi



14 Alat makan i Sudu 1 1

ii Garfu 1 1

iii Plastik sandwich - 1 kotak

iv Mangkuk plastik 1 1

v Cawan plastik 1 1

vi Pinggan 1 1

vii



15 Lain2 i Lampu suluh


ii Plastik sampah


iii payung akan diberi