1. Kursus Asas Haji
Kami menghadiri Kursus Asas Haji di Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 18 setiap Sabtu pagi. Ustaz yang mengajar adalah Ustaz Yasir Saleh dan fardu ain di ajar oleh ustazah Robiah.
Ada sekali pergi kursus di Surau Al Ansor Sek 2.
Antara yg kami kenal semasa kursus adalah Jebat and Suraya, Kak SMC ( nurse Dr Ling).
Tempoh kursus 17 minggu (9 Jan 2016 - 7 May 2016)
2.Pemeriksaan Kesihatan dan suntikan meningococcal
Kami di jadualkan mendapatkan pemeriksaan pada 23 April 2016 di Pusat Kesihatan Kelana Jaya. Alhamdulillah sehari siap walaupun kena balik ambil report Medical checkup Abang. Nasib baik baru buat Medical Checkup kat KPJ Selangor.
p/s Kepada sesiapa yang ada history darah tinggi, kencing manis atau penyakit lain yg under medication, sila bawa report yang berkaitan untuk memudahkan dan memendekkan process pemeriksaan.
Izan dapat Hijau (tiada masalah kesihatan) ...abang dapat Kuning (ada masalah kesihatan tetapi terkawal)
Selain suntikan meningococcal, adalah digalakkan untuk dapatkan suntikan Influenza dan Pneumokokus utk daya tahan diri dari penyakit batuk dan jangkitan paru- paru. Dua kos suntikan tambahan ini tidak ditanggung oleh Tabung Haji...bayar sendiri ye.
3. Penerimaan Rantai Tangan Tabung Haji
Disebabkan masa posmen hantar tak de orang kat rumah...so kami kena ambil kat Pejabat Poslaju kat TTDI.
Kami dapat pada 30 April 2016.
4. Kursus Intensif Haji
Kursus ini diadakan di Pejabat Mahkamah Syariah Shah Alam. Kami menghadiri kursus selama dua hari pada 9 dan 10 May 2016. Di kendalikan oleh Pegawai Tabung Haji Caw Shah Alam, Hj Ahmad Dani.
Penceramah pada hari pertama adalah Ustaz Hashim Karim - highlight rukun dan wajib Haji. Best sangat... tak akan mengantuk la sepanjang hari...
Hari kedua ada 3 sesi,
1- Sesi Pengurusan Haji oleh Hj Ahmad Dani
2- Sesi Pengurusan Wanita oleh Ustazah Robiah
3- Sesi Pengurusan Kesihatan oleh Dr Hj Roni
Haa...tertinggal ada exam sebelum sesi kesihatan tu...Sesiapa tak lulus kena attend Kursus Khas..tapi semua lulus rasanya..
5. Penghantaran Paspport
Kami dah mendapat surat untuk menghantar Paspport ke Pejabat Tabung Haji Komplek Anggerik Mall,Shah Alam pada 12 June 2016 jam 8.30 -11 am.
6.Kursus Perdana
Kursus ini diadakan di Masjid Negeri Shah Alam selama 2hari 1 malam 2 minggu lepas raya pada 23 Julai 2016.
7. Penerimaan Surat Penerbangan
Ini adalah saat yang mendebarkan bagi kami kerana rata2 kawan2 telah mengetahui tarikh penerbangan sebelum Kursus Perdana lagi tapi kami masih belum mendapat perkhabaran. Setiap hari kami menghubungi Customer Service TH untuk mengetahui tarikh penerbangan kami. Sehingga kami mendaftar eTHiJARI untuk membolehkan kami mebuat semakan secara online.
Tanggal 26 Ramadan, 1 Ogos 2016 baru la kami mengetahui tarikh penerbangan kami...kami mendapat penerbangan terakhir!...5 Sept 2016. Kan itu yang diminta. Allah telah tunaikan. Alhamdulillah. Syukur.
No comments:
Post a Comment