Saturday, February 02, 2013

Tart kentang


BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji kentang saiz sederhana, kupas cuci dan parut halus
1 batang lobak merah, kupas cuci dan parut halus
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus
4 batang jejari ketam, hiris halus (mat ganti dengan tuna dalam tin)
1/4 cawan susu segar
3 biji telur
Parutan keju mozarella secukupnya (ganti dengan cheedar)
2 camca besar tepung jagung
Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan parutan kentang dan lobak merah gaul rata, letak dalam tapis dan perah airnya.
Masukkan ke dalam mangkuk bersama bawang besar, jejari ketam, hirisan daun bawang dan gaul rata2.
Bancuh telur bersama susu, tepung jagung dan serbuk lada sulah, kacau rata dan tuang dalam no 1. Tambah parutan keju (anggaran 1/2 cawan) dan garam secukup rasa, kacau hingga semua rata.
Sudukan dalam acuan muffin yang telah dilenser dengan sedikit mentega, hingga penuh, buat hingga habis dan tabur lebihan keju atasnya.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 20 minit hingga kuning keemasan. Bila masak keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama sos kegemaran anda..sedap juga dimakan macam tu sahaja.

No comments: