Solat malam boleh mendekatkan diri kepada Tuhan, penghapus dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar penyakit yang ada di tubuh (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)
Waktu:
Selepas sembahyang Isya' dan sebelum subuh.
Menurut al-Hafiz , Rasulullah s.a.w. tidak sembahyang malam di satu waktu tertentu, malah ia sembahyang mengikut kesempatan dan keselesaan yang didapatinya.
Paling afdhal adalah sepertiga malam yang akhir.
Bilangan Rakaat:
Paling afdhal adalah sebelas rakaat atau tiga belas rakaat seperti kebiasaan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu dengan satu rakaat atau tiga rakaat witir di akhirnya.
Tetapi buatlah yang mampu dan ikhlas kerana ALLAH bukan terpaksa.
Amalan yang sedikit tetapi tekun adalah lebih baik dari amalan yang banyak tetapi jarang-jarang.
Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu
“Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment