Solat malam boleh mendekatkan diri kepada Tuhan, penghapus dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar penyakit yang ada di tubuh (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)
Waktu:
Selepas sembahyang Isya' dan sebelum subuh.
Menurut al-Hafiz , Rasulullah s.a.w. tidak sembahyang malam di satu waktu tertentu, malah ia sembahyang mengikut kesempatan dan keselesaan yang didapatinya.
Paling afdhal adalah sepertiga malam yang akhir.
Bilangan Rakaat:
Paling afdhal adalah sebelas rakaat atau tiga belas rakaat seperti kebiasaan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu dengan satu rakaat atau tiga rakaat witir di akhirnya.
Tetapi buatlah yang mampu dan ikhlas kerana ALLAH bukan terpaksa.
Amalan yang sedikit tetapi tekun adalah lebih baik dari amalan yang banyak tetapi jarang-jarang.
Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu
“Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Thursday, August 04, 2011
Monday, August 01, 2011
Puasa 2011 - tahun ke 2 untuk Safiah
Tahun ni sambut puasa kat Muar sebab hantar emak n abah balik Muar selepas 4 bulan berada kat Shah Alam. Abah menjalani operate lutut kat Hospital Selayang.
Malam pertama terawih kat Masjid Parit Keroma...lepas 12 rakaat, masjid blackout...rakaat seterusnya dalam kegelapan dan kepanasan...
Tahun ini tahun kedua untuk Safiah berpuasa...
Hari pertama, 5:30 ptg.."Ibu...adik lapar la...tak tahan ni..." tapi alhamdulillah...mission complete jugak...tahniah adik...
Malam pertama terawih kat Masjid Parit Keroma...lepas 12 rakaat, masjid blackout...rakaat seterusnya dalam kegelapan dan kepanasan...
Tahun ini tahun kedua untuk Safiah berpuasa...
Hari pertama, 5:30 ptg.."Ibu...adik lapar la...tak tahan ni..." tapi alhamdulillah...mission complete jugak...tahniah adik...
Berbuka bersama atuk and nenek...sup tulang, keow teow goreng, air tembikai...
Hari Kedua kat Shah Alam - 3:30 ptg dah call bila nak buka puasa...tapi masih boleh bertahan
Hari ke3 - ok, tak call langsung
Hari ke4 - balik sekolah jer terus call nangis2 nak buka puasa tak tahan...pas tu maid call lagi sebab adik nangis nak buka juga...pujuk lagi cerita pasal orang miskin tak der duit...cam na nak makan ...duit tak der...food pun tak der...pelahan sikit renggekannya...mungkin termakan juga cerita ibu...mudah2 bertahan....
Hari-hari seterusnya alhamdulillah..sampai ke penghujung...29 hari puasa penuh...tapi sehari pun tak pegi sekolah agama...
Insya'Allah tahun depan adik lebih istiqamah lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)