Thursday, February 11, 2010

Vacation: Opening 2010



Long Vacation (23rd Jan 2010 till 5th Feb 2010 - 14 days): Paris Disneyland (4days)+ Berlin (4days) + UK (5 days) + Dubai (1day)


1. Disneyland, Paris (4D3N)
23 - 26 Jan 2010
Bertolak dari rumah lepas Faiz habis tution Cambridge, naik teksi dalam kol 10:30 malam(22 Jan), flight Emirate kol 2:10 pagi (23 Jan)ke Dubai. Sampai Dubai dalam 5:10 pagi then bertolak ke Charles De Gaulle, Paris dalam kol 8pagi and sampai sana dalam kol 12:30 tghhari.



Sampai Charles De Gaulle, cari tempat beli tiket bus nak gi Disneyland. Bus tertolak dalam kol 3ptg. Faiz dah macam nak demam, dah mula batuk2. Sampai Hotel Santa Fe dalam kol 4:30ptg. Faiz dah tak larat, terus tidur. Safiah pun sama. Then Ibu and abah keluar kejap beli air and jalan kat lobby hotel. Alhamdullillah esoknya semua segar, lepas breakfast seawal 8pagi dah beratur tunggu shuttle bus ke Disneyland Park. Udara sangat sejuk, hidung dah merah berair tapi Faiz n Safiah excited sungguh. Hari pertama di Disneyland Park cuaca agak mengecewakan...hujan renyai2 semasa parade kol 5ptg. Balik semula ke Santa Fe dalam kol 6:30ptg.Hari kedua, main2 kat Walt Disney Studio. kat sini yg seronok tengok stunt movie dia...real sungguh..parade dia start dalam kol 2ptg....then dalam kol 5tg kita org lari masuk balik Disneyland Park nak tengok Parade kat sana buat kali kedua. Since hari ni tak hujan...so seronok and lebih meriah la sikit daripada semalam punya parade....Hari Ketiga, hari untuk ulang balik tempat2 yg menarik dan tempat yg belum sempat pergi pada hari pertama dan hari kedua, sebelum bertolak balik ke Orly Airport, Paris dalam kol 3ptg. Tapi hari ni Safiah dah tak larat dah demam tapi hati kuat nak main lagi...cuma mood dia...tak larat nak layan...Flight EasyJet dalam kol 8mlm. Sempat juga la dinner kat Orly Airport. 2. Berlin, Germany (4D4N) while waiting Abang Conference
26 - 3o Jan 2010


Sampai Berlin dah malam terus pergi Kempenski Bristol Hotel. Sepanjang jalan putih jer..wow salji la...harapan nak jumpa salji kat Paris tak kesampaian. tapi alhamdullilah kat Berlin ada salji...esok pagi buka tingkap....sekali lagi excited...ada salji turun la....tak sabar nak keluar...tapi Faiz and Safiah susah nya nak bersiap...mungkin penat and tak sedap badan.
Hari pertama kat Berlin keluar pagi sekejap beli baju sejuk izan sebab sejuk sangat. Baju sejuk yg ada tak cukup panas. Pas tu balik sebab sebelah petang abang dah start conference. Malam keluar balik...salji turun...walaupun demam tapi Safiah suka main salji...cuma Faiz...tak tahan sejuk...pergi Kasdart Supermarket beli grocery untuk Lunch esok...pas tu berjalan jauh jugak la nak cari Turkies cafe for dinner.
Hari kedua and ketiga, tak keluar pun sebab Faiz and Safiah demam termasuklah ibu juga...tak tahan suhu -15 celcius...lagi pun abang ada conference...so kita orang memang bertapa di bilik jer...sempat la ajar Faiz...sebab balik nanti Faiz nak exam...


Hari ke empat di Berlin, beli package tour by Bus tapi tak sanggup turun...suhu memang tak tahan tersangat lah sejuk, salji tebal, semua sungai beku, lagi pun anak2 semua tidur dalam bus mungkin sebab tak berapa baik demam lagi. Lepas beli souvinier terus balik hotel sebab udara kat luar memang tak boleh tahan sejuknya....Pas tu terus ambil teksi pergi airport untuk ke UK.


Destinasi seterusnya adalah Liverpool...to accomodate Faiz's interest. Flight ker Liverpool dalam kol 9 malam.



3. Liverpool (1D1N)
30 - 31 Jan 2010




Sampai Liverpool dah malam. Sewa kereta Hertz kat Jonh Lennon Airport. Minta kereta Mondeo tapi dapat Rondo...tak puas hati sebab bayar mahal...tapi ambil jugak la...Then terus menuju ke Holiday Inn Express, dekat jer...dalam 10 minute dari airport.


Pagi esoknya terus menuju ke Anfield...Faiz tak sabar nya...1/2 hari kat sana then kita round Liverpool city...sempat la singgah ke Albert Dock, Lunch kat sana. Then patah balik ke airport tempat ambil kereta sebab tak puas hati minta tukar...so dapat Ford...la lagi buruk... tapi ok la sebab nak puaskan hati...boot dia rendah sikit so senang nak masukan luggage. Jam dah dekat 3 ptg belum solat zuhur lagi...nasih baik kat map ada tunjuk masjid....so singgah masjid solat jamak zuhur and asar. Then from there kami meneruskan perjalanan ke Canforth, Lake District.










4. Canforth, Lake District (1D1N)


31 Jan - 1 Feb 2010






Sampai Carnforth hari dah gelap walaupun baru pukul 6ptg. Check-in kat Pine Lake Resort...wow chalet dia...superb...kitchen dia lengkap semua ada..oven, dishwasher, washing machine, stove....bilik 2...sofa dia siap boleh urut lagi....sink dia mengadap lake....apa lagi...angkat luggage masuk dalam...pas tu kitaorg pergi beli grocery nak masak makan malam and breakfast esok...balik beli barang Safiah dah tidur...tapi Faiz excited tolong nak masak. Dinner kita org makan nasi, telur dadar, sup sayur. Supper kita org makan lagi baked potato....esok pagi nasi goreng + fish finger. Seronoknya rasa macam tak cukup tinggal sehari jer kat sini....kalau ada rezeki lain kali nak pergi lagi...Pagi esoknya bersiap untuk checkout dalam kol 10pg. tasik dia beku kat sini... lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Scotland, melalui jalan2 kampung di Lake District. Singgah Windersemere Lake, tasik yg paling besar. Tenang jer perjalanan kami....pemandang sungguh enak...sedar tak sedar hari dah hampir maghrib...tapi tak solat zuhur, asar lagi....so kami berhenti di RNR somewhere in M6 highway, ambil wuduk kat toilet...pastu solat kat open car park. cuba bayangkan dalam keadaan musim sejuk solat kat luar, udara sejuk dalam 3 Celcius...nasib baik tak negetif macam kat Berlin. Perjalanan sungguh menyeronokan.... 5. Edinburgh, Scotland (1D1N)
1 - 2 Feb 2010



Perjalanan ke Edinburgh agak mengerunkan sebab salji turun agak lebat dan jalan yang kami lalui agak sempit, ngeri juga bila selisih dengan lori..Sampai Edinburgh hari dah gelap, banyak construction kat Edinburgh city so kami kesesatan mencari Holiday Inn Express Hotel. Pusing punyer pusing, polis tahan kami," We noticed that you are driving rent car? Are you lost? Where are you going" Lepas tu polis escort kami ke Hotel....hoyooo...perhhh experience....


Esok paginya lepas breakfast, arah tuju nya adalah Edinburgh Castle. 1/2 hari disana then terus ke Glasgow. Perjalanan memakan masa lebih 2 jam. Sampai Glasgow dah nak masuk maghrib juga...so kena cari tempat solat...masuk je Kelvingrove Art Museum cari toilet, then solat bawah tangga. Kat sini pun kejap je sebab hari dah nak malam, jalan2 sekejap...keluar hari dah gelap. Destinasi terakhir di UK adalah Manchester, kampung abah suatu ketika dahulu....


Perjalanan agak jauh dari utara turun ke tengah....agak2 hampir 5 jam dan hari pun dah malam. Ibupun dah tak larat nak teman abah drive yg mana akhirnya ibu juga tertidur dalam kereta dan abah drive sendirian...sian abah...




6. Manchester (2D2N)
2 - 4 Feb 2010


Sampai Manchester dah malam terus ke Holiday Inn Express, semua dah tidur.Snow turun. Sejuknya ..ibu masak bubur segera untuk abah and faiz.


Esoknya lepas breakfast, destinasi yg di tuju adalah Blackburn. Nak cari Clark shoe..tapi tak jumpa, kedai dah tutup. Safiah dapat boot, Abah juga dapat kasut. Ibu and Faiz dapat makan jer kat kedai arab, nasi beriyani kambing and ayam goreng. Akhirnya ibu pulang dengan kecewa tidak dapat sepasang kasut pun apatah lagi clark. Balik semula ke Manchester terus ke University Manchester, faculty of Engineering. Masa nak ambil gambar kat "TALI" tu salji turun dengan lebatnya. Ambil gambar dengan kalut, hasilnya gambar tak cantik. Lepas tu jalan2 kat Manchester City, singgah Agros. On the way balik ke hotel tersesat ke Manchester city stadium, tapi dah malam so tak boleh la nak masuk. so ambil gambar Safiah n Faiz main salji je kat carpark. Sebelum balik tu abah bawa pergi Rusholme Road, ada banyak arab/turkies restaurant kat sini...makan kat Falafel Cafe. Nasi beriayani+ seekor ayam and Lamb...sedapnya...murah jer




Hari kedua pergi melawat Old Trafford, Manchester United Stadium. Faiz loyal sungguh dengan Liverpool Fan..offer dia beli baju tak nakkk. Sebelum balik singgah makan kat Rusholme lagi sekali tapi kali ni tak sesedap semalam. Cuba cari Masjid kat sana, 2 kali pusing tak jumpa tapi akhirnya jumpa jugak...alhamdulillah.. Tamat la sudah percutian di UK...



7. Dubai (1D)


5 Feb 2010

Kami sengaja ambil Flight connecting lambat sebab nak ambil peluang berjalan di Dubai. Tapi sayang kami tiba di Dubai pada hari Jumaat. Hari Jumaat semua service LRT, kedai di tutup pada sebelah pagi. so 1/2 hari kami burn....tapi sempat juga kami berjalan2 ke Dubai Mall, Dubai Aquarium, Jumariah Beach, ambil gambar kat Burj dan akhirnya kami singgah kat Squok sebelum balik semula ke airport. Sungguh penat dan letih... Dalam Flight balik semua tidur, Faiz n Safiah tak sempat makan pun. Letih nya...tapi bila lagi nak gi jalan2 ye....kena kumpul duit lagi...





Arrive in Malaysia 6 Feb 2010 2pm.

No comments: