Thursday, June 09, 2016

Amalan dan doa ketika haid

Islam tidak membataskan muslimah untuk berhenti beramal ketika didatangi haid dan nifas.

Amalan Ketika Haid Dan Nifas


Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:-
.
1)      Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2)      Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
3)      Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.
4)      Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5)      Qiamullail menghidupkan malam dengan;
                                               a.      Bermunajat
                                               b.      Bertafakur
                                               c.      Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
6)      Memuhasabah dan menghitung diri
7)      Membaca zikir Asmaul Husna
8)      Bersujud ketika mendengar ayat sejadah
9)      Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10)  Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11)  Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12)  Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13)  ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)
14)  Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
15)  Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16)  Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik
17)  Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18)  Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah
19)  Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid
20)  Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri
21)  Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga
22)  Melaksanakan urusan rumah dan keluarga
23)  Sediakan makanan untuk orang bersahur
24)  Memberi makan orang yang berpuasa.
25)  Melakukan kerja-kerja rumah
26)  Berbakti kepada Orang Tua
27)  Perbanyak infaq dan sedekah
28)  Melakukan khidmat masyarakat.
29)  Melakukan perbincangan ilmiah
30)  Menjalankan kerja-kerja dakwah
31)  Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun
32)  Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim
33)  Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya
34)  Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)
35)  Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.

  Doa Ketika Hari Pertama Kaum Wanita Haid

Doa Ketika Datang Haid dan Nifas 

Fadhilat Doa

.
Jika seseorang perempuan yang kedatangan haid dan dia membaca doa berikut pada hari pertama haidnya itu, maka akan:~
  1. Dihapuskan segala dosa-dosa yang telah lalu
  2. Dimudahkan perjalanan darah haid.
  3. Mendapat pahala beribadat sepanjang haid.
  4. Meraih pahala 40 orang syahid.
  5. Selamat dari azab neraka.
  6. Dimudahkan melalui Titian Sirat.

Sunday, June 05, 2016

Shortbreak to Langkawi

Cuti sekolah pertengahan tahun 2016 ni, Safiah ada kelas tambahan untuk sekolah keb dan sekolah agama pada minggu pertama sampai hari Khamis...minggu kedua cuti dah puasa...so memang tak plan nak cuti2 cuma ada plan nak cuti utk berehat je...
Tapi itu rancangannya... tapi tiba2 plan nak ke Langkawi untuk snorkeling...hehe sebab nak gi pulau2 lain susah sgt nak book...hari khamis malam bertolak...booking hotel, ferri buat pada hari selasa ...punyer la last minutes...tapi hasilnya memuaskan...Alhamdulillah...

Day 1- 2 June 2016
Kami mulakan perjalanan pada jam 11:20 malam dari Shah Alam selepas Safiah habis kelas tuition menaiki kereta menuju ke Kuala Perlis. Perjalanan kami ditemani hujan lebat dan renyai sepanjang jalan.

Day 2 - 3 June 2016
Kami sampai Masjid Al Hussain,Kuala Perlis dalam jam 4:30am. Masjid Al Hussain adalah Masjid terapung yang dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut Selat Melaka. Masa kami sampai pintu pagar masjid masih tertutup. so kami rehat dulu kat tepi kedai. Lebih kurang 5:30am kami pun datang semula ke Masjid. Abang n Faiz sempat solat suboh berjemaah. Setelah semua siap solat dan bersihkan muka... kami buat lawatan sekitar Kuala Perlis untuk survey tempat parking dan breakfast.

Kami parking kereta kat tempat parking berbumbung RM 15 sehari so total RM 45. Dari situ kami jalan lintas jalan untk breakfast. Food breakfast sgt mengecewakan! tak sedap langsung..pastu kami lintas jalan balik untuk ke Jety Kuala Perlis. Jarak dari parking ke Kedai Makan ke Jetty sgt la dekat...
Ferry kami bergerak dalam jam 8:15am
Tunggu nak naik Ferry
Jom naik feri - Kuala Perlis ke Kuah

Di Langkawi kami sewa Myvi utk ronda2 sekitar Pulau Langkawi. Destinasi  yang dituju adalah Sky Bridge. So kena pergi Oriental Village. Beli tiket paling basic, so kami dapat package SkyRex, Sky Dome  and Sky Cap = RM 30 per person.

Plan kami untuk hari ini adalah menghabiskan masa di Sky Bridge.
Sementara tunggu waktu nak naik Sky Cap, kami explore SkyRex dulu
sekitar Sky Rex - Sky Rex is seats on a tram styled simulator and are taken on a 5 minutes fun filled journey that assaults that senses-physical platform drops, dynamic motion, blasts of air, water spray, vibrations, dramatic lighting, surround sound and 3D film projected to the front and both sides of the tram, combines to give the most realistic experience possible.












Kami duduk kat Dayang Bay Service Apartment Resort.
Check in

Tunggu dapat kunci bilik

Balkoni

Living Room- ada sofa bed

Bilik

View from balkoni

Another view



Day 3 - 4 June 2016
Hari ni adalah hari snokerling.
Tunggu servis pickup nak gi Pulau Payar

Lepas naik ferry naik this transport utk sampai ke Pulau Payar


Included in Package - RM 150 perperson

lunch


dikerumun oleh ikan

sibuk nak ambik gambar ikan dalam air

Snorkeling




Sebelah petang kami ke Pantai Cenang. Asalnya Safiah nak cari gula2?? kat The Zon tapi tak jumpa. so kami beli la juga coklat...tapi kat sini tak la murah sangat...rasaya kat HIG lagi murah.

Day 4 - 5 June 2016
Hari ni dah nak balik...sebelum balik nak gi komplek HIG dulu...hehe..Abang bagi green light utk beli something..suggest bekas kuih raya...so apa lagi...mari beli...

Sesampai ke Kuala Perlis...semua merungut lapar...cari kedai makan sekitar Kuala Perlis macam x memberansangkan...so kita jalan dulu..then berenti makan kat Sungai Dua...makan mee Udang + nasi Goreng Udang...Mee dia ok...tapi nasi dia x best...tak rasa udang sebab udang tu dia goreng then letak je atas nasi...



Sampai rumah dah dekat kol 12tgh malam...kemas2 sikit tido kol 12:30..
Esok puasa..nak bangun sahur...selamat berpuasa..