Wednesday, November 25, 2015

Jemputan menunaikan Haji 2016/1437

Tanggal 25 Nov 2015, Alhamdulillah kami telah menerima surat tawaran untuk menunaikan haji untuk 2016/1437H. Masa tu kami cuti sebab Faiz periksa SPM subjek Fizik. Rasanya posman dah hantar semalam tapi sebab tak cek peti surat...
Gementar pun ada...suka pun ada...isunya mak mesti tak dapat surat. Abang terus call Tabung Haji nak kepastian berkenaan tawaran untuk mak. Sah! memang mak dalam list tahun berikutnya...so tanya macamana nak buat rayuan.


Mudah2an Allah permudahkan urusan haji dan rayuan mak. Amin.

Contoh surat rayuan yang kami buat untuk mak. Harap dapat dimanafaatkan untuk panduan.


No. Akaun TH: XXXXXXXXXXXXXXX
No. KP: XXXXXX-XX-XXXX
NamaAdd1
Add2
Add3
                                                                                                                       2 HB DISEMBER 2015

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH 201,
Jalan Tun Razak, 50732 Kuala Lumpur.


Tuan, RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI PADA TAHUN 1437HIJRAH / 2016 MASIHI 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2.     Saya telah membuat pendaftaran haji dan disenaraikan pada tahun 2017Masihi. Sehubungan dengan itu saya amat berharap dan merayu jasa baik pihak tuan agar memberi peluang pemergian saya untuk menunaikan fardu haji pada tahun 1437Hirah /2016 Masihi
3.         Rayuan untuk menunaikan fardu haji pada tahun 2016 Masihi adalah disebabkan oleh:-
 

 i.   Faktor umur yang semakin meningkat dan kesihatan saya yang semakin uzur.
 ii.  Menunaikan fardu haji bersama dengan anak dan menantu saya yang dapat menjaga saya sepanjang waktu haji. Maklumat anak dan menantu saya seperti berikut:-
 
Nama
No Akaun TH
No.KP
Talian
Status
nama anak
xxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxx
Anak
Terpilih
nama menantu
xxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxx
Menantu
Terpilih
 iii.  Saya sudah bersedia dan jumlah simpanan TH saya juga sudah mencukupi.
 Semoga rayuan saya dapat pertimbangan dan perhatian pihak tuan dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima Kasih.

Yang benar,

…………………………………..
(NAMA)
                               



Nota:
*Kami daftar haji pada 31 July 2007- dijadualkan menunaikan Haji pada 2016
* Mak daftar haji pada 21 Dec 2007- dijadualkan menunaikan Haji pada 2017