Persediaan solat jenazah:
- Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
- Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
- Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
- Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk solat jenazah
dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut
melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi
makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di
hadapan.
Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ
اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan
membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam, korang bolelah
membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas
(1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali),
ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.
————————-
Di atas adalah panduan lengkap bagi yang
ingin berlajar bersungguh-sungguh tentang solat jenazah dan jika korang
dalam kategori susah untuk mengingati dan menghafal panduan di atas,
bolehlah lihat panduan ringkas yang turut aku sediakan di bawah. Yang
penting kita mesti tahu bagaimana untuk melaksanakan solat jenazah.
1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut:
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Kemudian baca surah Al-Fatihah.
2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.
Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.