Wednesday, July 27, 2011

Surah Al-Fatihah

Diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Merupakan surah yang pertama diturunkan.
Terjemahan

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

SOLAT SUNAT DHUHA

Dhuha bermaksud pagi.
Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

Waktu :
Bermula dari kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing dua meter panjang.
Berakhir sebelum waktu Zuhur.
Waktu AFDAL ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Niatnya:

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Cara mengerjakan:

Surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua.
*Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT
**Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.
***Rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi.
****Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA.
Doa Solat Dhuha

اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ. اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
Maksudnya:
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Wednesday, July 06, 2011

Hong Kong 4D3N (4- 7 June2011)

Ikut rombongan Family Day Bank Rakyat Cawangan Seri Kembangan.
Bertolak dari LCCT dalam pukul 1:50 pm..naik Air Asia Sampai dah Airport dah petang...keluar Hongkong Airport dah gelap...lepas makan sempat gi jalan2 kat Star Avenue... jalan kaki jer dari Hotel.. Kami duduk kat Tsim Tsa Tsui, Stanford Hill View Hotel

Esok paginya, kami anak beranak tak ikut schedule yang disediakan...kami nak pergi Ocean Park. Dari hotel gi MTR stesyen ( Tsim Tsa Tsui) tak la jauh sangat...dari Admiralty MRT ada city bus direct to Ocean Park.



Ramainya orang...mungkin sebab hari Ahad kot...tapi ok la...walau pun beratur panjang tapi cepat jer "q" dia untuk naik any rides...



View Cable car...


Belon Panas Firework, Multimedia shows dia superb...

Hari Kedua berada di Hong Kong - ikut tour masuk Disneyland



Bersama ahli rombongan

Scene malam di Disneyland



Hari terakhir di Hong Kong, sebelum berlepas pulang jam 5:55pm. Sempat juga jalan2 kat Tsim Tsa Tsui...cari survinior and singgah kat Masjid Kowloon


Kat Hong Kong Airport sebelum berlepas pulang

Makan2 Steamboat kat Flaming, Sunway - June Retreat

2Event yang berasingan...memula makan2 gan mak, nenek, lin , fateha and nasrol sebab Wan and Yeen tak dapat join last minute...






Pass tu 2-3 minggu later, ajak mak and abah muar, abang mamat n family and kak Has n family makan kat tempat yang sama...